Honda Menerima Dua Anugerah Kualiti Permulaan di Peringkat Model
Perodua dan Toyota Masing-Masing Menerima Satu
Jurujual memainkan peranan yang penting dalammembantu mengurangkan bilangan masalah yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan baru, menurut Kajian Kualiti Permulaan Malaysia (Malaysia Initial Quality StudySM, IQS) 2015 J.D. Power yang diumumkan hari ini.
Sementara para pengeluar kenderaan giatmenambah pelbagai ciri, terutamanya ciri-ciri hiburan dan teknologi ketersambungan pada kenderaan-kenderaan mereka, adalah penting bagijurujual untukmenerangkan kepada para pelanggan mengenai semua ciri-ciri ini dan bagaimana ianya berfungsi semasaproses penghantaran. Dengan memastikan para pelanggan memahami teknologi kenderaan mereka, jurujual berupayamengurangkan bilangan masalah yang bakaldialami oleh para pemilik dengan kenderaan baru mereka.
Kajian ini mendapati bahawa apabila jurujual memberi penerangan yang menyeluruh mengenai kenderaan tersebut dan ciri-cirinya, para pemilik melaporkan purata 79 masalah bagi setiap 100 kenderaan (PP100). Sebaliknya, apabila tiada penerangan diberi oleh jurujual, atau jurujualhanya memberi sedikit penerangan, para pemilik melaporkan purata 163 PP100.
“Dengan semua penambahan-penambahan baru oleh para pengeluar di dalam kenderaan-kenderaan mereka, adalah sangat penting bagi jurujual untuk memberi penerangan yang menyeluruh mengenai kenderaan tersebut, termasuklah pandu uji, untuk memastikan para pelanggan benar-benar memahami cara-cara untuk mengendalikan kesemua teknologi serta manfaatnya,” kata Rajaswaran Tharmalingam, Pengurus Wilayah, Malaysia, J.D. Power. “Teknologi tersebut mungkin berfungsi seperti bagaimana ia direka, tetapi jika pelanggan tidak tahu cara-cara untuk menggunakannya, atau menghadapi masalah untuk menggunakannya, mereka akan menganggap ianya sebagai satu masalah. Jurujual boleh mengurangkan masalah-masalah ini dengan hanya meluangkan masa bersama pelanggan ketika proses penghantaran untuk memberi penerangan tentang kesemua operasi dan aksesori kenderaan tersebut.”
Tharmalingam menyatakan bahawa walaupun pandu uji adalah sangat penting, hanya 59% pelanggan di Malaysia melakukannya ketika proses membeli. Secara purata, para pelanggan yang melakukan pandu uji melaporkan 74 PP100 berbanding 97 PP100 bagi mereka yang tidak melakukannya.
“Pandu uji sangat penting untuk memberi para pelanggan pengalaman memandu kenderaan tersebut, dan ini akan membantu mengawal jangkaan mereka sepanjang tempoh milikan,” kata Tharmalingam. “Kualiti dan kebolehpercayaan adalah antara faktor-faktor terpenting ketika memilih kenderaan, dan masalah-masalah yang dihadapi dalam enam bulan pertama milikan boleh memberi kesan beberapa tahun selepas itu apabila tiba masanya untuk para pelanggan menukar kenderaan mereka.”
Kajian tersebut yang kini memasuki tahun ke-13, mengkaji masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan baru bermula dari dua hingga enam bulan tempoh milikan. Kaji selidik itu mengkaji lebih 200 simptom masalah yang meliputi lapan kategori kenderaan: reka bentuk luaran; pengalaman memandu; ciri-ciri/ kawalan / peragaan; audio/ hiburan/ navigasi; kerusi; HVAC; rekabentuk dalaman; dan enjin/ transmisi. Kesemua masalah itu dikumpulkan dan sebagai bilangan masalah bagi setiap 100 buah kenderaan (PP100). Skor PP100 terendah memberi petunjuk kadar insiden masalah yang lebih rendah dan, oleh demikan, lebih tinggi kualiti permulaannya.
PENEMUAN UTAMA
- Para pemilik SUV melaporkan bilangan masalah yang paling sedikit dengan kenderaan mereka (52 PP100), manakala pemilik kereta kompak melaporkan bilangan masalah yang paling banyak (98 PP100).
- Berdasarkan kategori, bilangan masalah yang paling banyak dilaporkan adalah bagi pengalaman memandu iaitu 17.8 PP100, meningkat sebanyak 3.9 PP100 berbanding 2014. Bilangan masalah yang paling rendah adalah bagi kerusi iaitu 5.0 PP100.
- Bunyi bising angin yang berlebihan kekal sebagai masalah yang paling kerap dilaporkan iaitu 6.2 PP100. Masalah kedua yang paling kerap dilaporkan adalah bunyi brek yang kuat (3.3 PP100), diikuti oleh karpet lantai yang tidak kekal pada tempatnya (2.6 PP100).
Pemeringkatan Kajian 2015 Malaysia IQS
Di antara 41 model yang dikaji, dua model Honda, satu model Perodua dan satu model Toyota menduduki tangga teratas dalam segmen masing-masing.
Honda City menduduki tangga teratas dalam segmen entri saiz pertengahan (entry midsize) dan Honda CR-V menduduki tangga teratas dalam segmen SUV (31 PP100). Perodua Axia menduduki tangga teratas dalam segmen kompak (89 PP100), manakala Toyota Avanza menduduki tangga teratas dalam segmen MPV/Van (36 PP100) bagi tahun keenam berturut-turut.
Kajian Kualiti Permulaan Malaysia 2015 ini adalah berdasarkan respons yang diterima daripada 2,622 orang pemilik kenderaan baru yang telah membeli kenderaan mereka dalam tempoh antara Ogos 2014 hingga Jun 2015. Kajian ini melibatkan 41 kereta penumpang, ‘pick-up’ dan model kenderaan utiliti yang terdiri daripada 15 jenama kenderaan. Kajian ini dijalankan antara Februari hingga Ogos 2015.
No Comment