Gaya Hidup / Lifestyle

Keputusan Pertandingan Mereka Bentuk PROTON Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Pertandingan PROTON 2015 ditutup pada 18 September 2015 dengan sejumlah 427 penyertaan yang diterima untuk kedua-dua Kategori 1 (Sekolah Menengah) dan Kategori 2 (Individu yang berumur 18 tahun ke atas). Pertandingan yang berlangsung selama 14 minggu bermula dari 18 Jun 2015 adalah untuk memupuk semangat kreativiti dan kemahiran di kalangan rakyat Malaysia dalam mewujudkan reka bentuk yang inovatif kereta konsep terutama sesuai untuk keluarga di Malaysia. Hakim-hakim terdiri daripada Ketua-ketua pelbagai jabatan di PROTON Holdings Berhad, diketuai oleh Azlan Othman, Ketua Pereka PROTON dengan hakim-hakim jemputan dari Fakulti Rekabentuk UiTM dan rakan-rakan permotoran talian dari Paultan.org dan Infokereta.com.

 

Proton-Design-Competition-e1434518885479-630x329

Penyerahan perlu di atas kertas bersaiz A3 dengan visualisasi berwarna untuk pentafsiran muktamad dan disertakan dengan design brief bersaiz A4. Pemenang tahun ini akan menerima hadiah wang tunai lebih besar bernilai RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 untuk tempat pertama, ke-2 dan ke-3 untuk Kategori 1: Sekolah Menengah manakala  pemenang tempat 1, 2 dan 3 bagi Kategori 2: Individu akan memenangi RM15,000, RM10,000 dan RM7,000 masing-masing. 4 kepada pemenang tempat saguhati ke-10 kedua-dua kategori juga akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta sijil dan pingat atau piala.

Para hakim sedang mengesahkan pemenang dan keputusan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

 

Previous post

Pameran Suzuki di Tokyo Motor Show Yang ke 44

Next post

Balasan Porsche Cars North Amerika Kepada Notis Pelanggaran EPA

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *