Audi Amerika Syarikat Mengingatkan Kita Kenapa Quattro Berkuasa
Kita mungkin tidak hidup dalam sebuah negara yang menerima penuh perubahan bermusim, tetapi untuk pelanggan di seluruh Amerika Syarikat, bulan-bulan musim sejuk boleh menjadi agak mencabar bila salji mula turun lebat. Perjalanan pergi balik harian boleh menjadi tugas yang sukar bagi mana-mana kereta yang tidak dilengkapi dengan tayar musim sejuk, apatah lagi pacuan semua roda.
Jadi Audi membawa sedikit semangat musim cuti dengan komersial yang mengukuhkan idea quattro sebagai raja segala jenis permukaan bumi. Satu atau dua tahun lalu, tumpuan adalah kepada senario lucu Captain Ahab, di mana pengendali trak tunda sentiasa mencari “paus putih” beliau, yang merupakan Audi lengkap dengan Quattro. Tahun ini panas sedikit, dengan datuk yang disambut oleh keluarganya selepas mereka menebusi salji tebal dengan, sudah tentu, bantuan Quattro mereka.
No Comment