Elon Musk Dan Kawan-Kawan Mahu VW “Perbaiki Udara, Bukan Kereta”
Kita semua tahu tentang skandal dieselgate dan juga sedar bahawa VW akan terpaksa membelanjakan berbilion-bilion dalam ganti rugi dan perlu menyediakan dirinya untuk banyak perubahan. Dalam surat terbuka kepada California Air Resources Board menyebutkan bahawa tidak sepatutnya cuba untuk memperbaiki masalah tersebut, tetapi matlamat VW seharusnya meletakkan sumber ke dalam kenderaan elektrik sebaliknya. Jika di fikirkan betul-betul, memang itu adalah satu cadangan yang masuk akal.
Dieselgate menunjukkan bahawa ia adalah terlalu mahal untuk membuat secara besar besaran enjin diesel yang berkesan, murah dan berkuasa semua pada masa yang sama. Jadi, daripada membelanjakan berbilion cuba untuk mendapatkan kereta-kereta untuk mengeluarkan bahan pencemar yang kurang berbahaya, ianya lebih baik untuk hanya menggunakan wang itu untuk perkembangan kenderaan elektrik saja?
No Comment