McLaren 675LT Spider Habis Dijual
Jika anda sedang merancang untuk melawat bilik pameran McLaren di tingkat bawah bangunan Mudajaya di Mutiara Damansara untuk meletakkan pembayaran muka untuk 675LT Spider … ..anda akan kecewa kerana super car istimewa dari McLaren ini telah habis dijual dalam masa kurang dari sebulan.
Yang sudah di beli dijangka akan sampai bulan 7 nanti.
Enjin twin-turbo 3.8-liter V8 di bawah hud menghasilkan 666bhp yang menggerunkan dan 700 Nm tork. Ini membolehkan kereta memecut dari 0-100 km / j dalam masa 2.9 saat sebelum mencecah kelajuan tertinggi 326 km / h yang cukup untuk menyebabkan pengesan radar tersenyum simpul.
Walaupun semua 500 unit telah dijual, McLaren Kuala Lumpur masih akan bergembira untuk mengambil tempahan anda untuk model cepat dan seksi lain McLaren.
No Comment