Perodua Akan Tambah ABS Untuk Axia G 2016
Perodua akan menambahkan Sistem Brek Anti-lock atau ABS untuk varian Axia G mulai Januari 2016 sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan produk barisannya. Selaras dengan peningkatan keselamatan, Perodua juga meningkatkan harga bagi Axia G sebanyak RM1,500.
“Bagi pelanggan-pelanggan kami yang telah menempah Axia G mereka antara 1 Oktober dan 10 Disember tetapi masih belum menerima kenderaan mereka; Perodua akan menawarkan baucar RM500 Perodua sebagai token kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
“Tempahan yang dibuat dari 11 Disember dan seterusnya akan tertakluk kepada harga baru dan penghantaran adalah dari Januari 2016 dan seterusnya. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan kami mengucapkan terima kasih kerana menyokong Perodua.” tambah Aminar.
No Comment