Gaya Hidup / Lifestyle

Pusat 4S Volkswagen Selayang Dilancarkan!

Volkswagen Malaysia dan Goh Brothers Motor berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran dan penambahan terbaharu dalam rangkaian Volkswagen – Pusat 4S Volkswagen Selayang. Cawangan ini merupakan Pusat Servis Teknikal Volkswagen yang kedua di Malaysia.

IMG_2595 (1)

Memiliki keluasan 55,000 kaki persegi melibatkan lima tingkat, Volkswagen Selayang merupakan sebuah pusat yang lengkap demi memenuhi segala keperluan para pemilik kenderaan Volkswagen. Daripada jualan, khidmat selepas jualan sehinggalah servis pantas & umum, diagnostik dan pembaikan major. Pembinaan pusat 4S ini memberi fokus kepada aspek selepas jualan, di mana satu ruang yang komprehensif telah diperuntukkan bagi memastikan keperluan pelanggan diberi keutamaan.

Customer Lounge

Sebagai satu usaha meningkatkan pengalaman pemilikan, pusat servis 4S Volkswagen Selayang telah memperuntukkan tiga daripada lima tingkat untuk 20 ruang penyelenggaraan. Pada masa depan, khidmat selepas jualannya boleh dikembangkan ke dua lagi tingkat dengan penambahan 18 ruang penyelenggaraan. Pusat servis ini dikendalikan oleh 30 orang kakitangan berpengalaman dan terlatih daripada rangkaian Volkswagen untuk melakukan diagnosis masalah dengan efisien, pantas serta menawarkan servis berkualiti kepada para pelanggan.

Pusat 4S ini juga memiliki empat tingkat penyimpanan alat-alat ganti seluas 3,000 kaki persegi. Sebanyak 4,000 alat ganti sudah tersedia untuk servis biasa. Alat-alat ganti diambil daripada pusat alat ganti bersepadu di Shah Alam, Malaysia dan Singapura.

Aftersales

Goh Brothers Auto telah melabur sebanyak RM3 juta untuk melengkapkan divisyen selepas jualan dengan peralatan, perkakasan dan tenaga kerja terbaik. Dianggarkan sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan ke atas bengkel Badan & Cat. Ia merupakan satu-satunya pusat Badan & Cat yang bertauliah di kawasan utara KL yang dilengkapi dua ruang semburan cat, dua ruang penyediaan pembaikan kemalangan, bangku penjajaran dan sistem ukuran mekanikal bagi memastikan pembaikan akibat kemalangan yang tepat.  Semua peralatan tersebut diluluskan oleh pihak Volkswagen.

A workforce of 30 experienced and trained aftersales staff

Sebanyak RM1 juta dibelanjakan untuk mendapatkan perkakasan bengkel dan peralatan dari Jerman. Peralatan-peralatan seperti sistem komputer diagnostik Volkswagen digunakan untuk perkhidmatan sistem maklumat diagnostik, ujian bateri, mesin mengangkat kenderaan serta bilik-bilik berhawa dingin untuk pembaikan major dan membina enjin. Bengkel ini juga dilengkapi Electro Kardiograms (EKG) untuk menilai aduan mengenai kenderaan pada masa sebenar, sebelum dimuat naik bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak pengeluar. Baki pelaburan digunakan untuk mengambil pekerja yang sesuai dan latihan.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Kerjasama kami dengan Goh Brothers bermula pada tahun 2007. Sejak itu,  kami telah banyak melakukan penambahbaikan. Pelanggan adalah keutamaan kami. Jadi melabur ke atas infrastruktur merupakan salah satu cara kami boleh terus menambah baik tawaran dan meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya. Ini adalah tahun di mana Volkswagen Malaysia fokus untuk menambah baik pengalaman pemilikan semua pelanggan. Tahniah Goh Brothers di atas pelancaran pada hari ini dan terima kasih atas komitmen anda terhadap jenama Volkswagen.”

A total of 3 floors dedicated to aftersales with 20 work bays

Pengerusi Goh Brothers, Goh Kian Sin berkata, “Goh Brothers Auto berbangga untuk memperkenalkan pusat Volkswagen terbesar kami di Lembah Klang. Kami faham bahawa para pelanggan adalah keutamaan kami. Justeru, kami harus melabur demi melengkapkan pusat 4S ini dengan peralatan terbaik, di samping kemahiran sewajarnya untuk membina satu perniagaan yang mapan bersama Volkswagen. Kami percaya bahawa pelaburan hari ini akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada jenama dan pelanggan. Terima kasih Volkswagen kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan kapada Goh Brothers.”

IMG_2595

Bilik pameran pusat Servis 4S Volkswagen Selayang beroperasi dari Isnin hingga Ahad. Manakala khidmat selepas jualannya pula beroperasi dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8.30am hingga 5.30pm. Kemudahan lain yang ditawarkan ialah ruang menyambut tetamu Volkswagen yang pertama. Lounge di tingkat mezzanine pula dilengkapi kemudahan moden seperti TV, Wi-Fi, pusat perniagaan dan bilik untuk kanak-kanak.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Exterior

Previous post

Euromobil Lancar Pusat Khidmat Audi Kuala Lumpur

Next post

Pusat Alat Ganti PROTON Dapat ISO 9001: 2008 Sijil Pembaharuan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *