Volkswagen Golf R Menang Anugerah Driver’s Car OF The Year 2015
Volkswagen Golf R menggondol anugerah “Kereta Pemandu Terbaik” malam tadi di acara sulung ASEAN Car of the Year (ACOTY) 2015 petang semalam di Kuala Lumpur. Penghakiman ini adalah berdasarkan kepada lima kriteria utama – harga, keselamatan, prestasi, kualiti dan pengalaman pemilikan.
Golf R adalah lebih kuat dan lebih cepat berbanding dengan enjin generasi ketiga 2.0L TSI dengan 280ps dan 380Nm dan mengambil masa 5 saat dari 0 – 100. Ia juga datang dengan sistem Stop/Start dan brek regeneratif yang diterjemahkan kepada 18% lebih kecekapan bahan api.
No Comment