Audi AG Mencecah 1.8 Juta Penghantaran Bagi Tahun 2015
AUDI AG mencapai rekod jualan baru pada tahun 2015: Berbanding dengan 2014, penghantaran di seluruh dunia meningkat sebanyak 3.6 peratus kepada kira-kira 1,803,250 kereta.
Jumlah ini telah dicapai walaupun model semasa – A4 baru, Q7 baru dan R8 baru – tidak lagi tersedia di semua rantau di dunia.
Di Eropah dan China, Audi mengesahkan kedudukannya sebagai jenama premium yang paling berjaya; di Amerika Syarikat, jenama empat bulatan ini meningkat dengan kadar dua kali ganda pasaran.
Pada bulan Disember saja, sekitar 158,450 pelanggan di seluruh dunia memilih Audi, peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Ini bermakna bahawa syarikat ini telah meningkat jualan bulanan berturut-turut hingga yang ke-72.
No Comment