Berita Auto

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Jaminan Tayar BMW

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan Program Jaminan Tayar untuk semua kenderaan BMW serba baharu yang dijual oleh pengedar sah BMW di seluruh negara mulai 1 Januari 2016. Menjadi satu lagi ciri yang pertama dalam industri automotif di Malasia, Program Jaminan Tayar baharu daripada pengeluar kenderaan premium ini melibatkan semua tayar dengan tanda bintang yang diluluskan oleh BMW (BMW Approved Star-Marked Tyres) dan dijual oleh para pengedar sah BMW.

Ketika memperkenalkan Program Jaminan Tayar BMW ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Berdasarkan kepada sejarah, kami di BMW Group sentiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan dan pengalaman pemilikan bertaraf dunia kepada para pelanggan. Dengan program jaminan tayar ini, kami sekali lagi menawarkan produk dan servis yang pertama dalam industri, di mana para pelanggan boleh terus menikmati keseronokan memandu pada bila-bila masa dengan tenang.”

BMW (2)

Program Jaminan Tayar BMW sah selama 24 bulan dan menawarkan perlindungan yang komprehensif ke atas Tayar dengan tanda bintang yang diluluskan oleh BMW. Ia dibangunkan hasil kerjasama dengan pengeluar tayar utama di seluruh dunia pada peringkat awal pembangunan setiap kenderaan lagi. Tayar dengan tanda bintang yang diluluskan oleh BMW ini direka agar sepadan untuk model-model BMW dan mampu menyokong maklum balas pemandu terhadap kenderan dengan sempurna. Tayar ini dipasang pada semua kereta baharu BMW untuk menawarkan kualiti asal, di samping teknologi run-flat yang memberikan ciri keselamatan tambahan dan meningkatkan penjimatan bahan api.

Jaminan tayar ini merangkumi masalah kerosakan tayar akibat terkena objek tajam seperti paku, kaca, serta terlanggar lubang atau bucu tepi jalan. Jaminan tayar itu bagaimanapun hanya sah jika tidak melibatkan jaminan sedia ada yang lain atau daripada insurans. Jaminan tayar ini juga merangkumi aspek pemasangan dan penjajaran roda.

Apabila berlaku tuntutan, Pengedar Sah BMW akan memeriksa punca kerosakan serta menilai nilai pasaran semasa tayar yang rosak itu. Bergantung kepada kedalaman bunga tayar, pemilik kenderaan BMW mungkin layak untuk menerima pampasan sehingga 100% kos tayar baharu. Pampasan itu dikira berdasarkan kepada kadar harga runcit tayar ketika ia ditukar.

Sebagai contoh, jika tayar yang rosak itu masih ada lebih daripada 7mm baki bunga, tiada kos akan dikenakan ke atas tayar baru. Dalam kes ini, BMW juga akan membayar kos pemasangan dan penjajaran. Kos penjajaran roda dan menunda bagaimanapun tidak termasuk dalam program untuk tayar dengan teknologi run-flat. Perkhidmatan menunda tidak diperlukan kerana tayar run-flat boleh terus digunakan untuk tambahan 80km lagi apabila dipandu pada kelajuan maksimum 80km/j.

Bayaran pampasan untuk kedalaman bunga tayar adalah dari 6.9mm hingga 6.0mm, 5.9mm hingga 5.0mm, 4.9mm hingga 4.0mm dan 3.9mm hingga 3.0mm. Ia dikira sebagai 80%, 60%, 40% dan 20%. Namun, tiada pampasan akan diberikan untuk tayar yang baki bunganya kurang daripada 3mm pada tayar yang sudah rosak. Ini kerana tayar dikira pada bahagian yang paling sedikit bunganya. Aspek keselamatan tayar hanya dinilai pada bahagian paling sedikit bunga yang kemudian memberi kesan kepada keselamatan kenderaan secara keseluruhannya.

Kelayakan Program Jaminan Tayar BMW hanya tertakluk kepada kenderaan yang dipandu untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia tidak termasuk kenderaan yang digunakan untuk tujuan komersil seperti kereta sewa, teksi atau mana-mana perkhidmatan lain. Jaminan tayar juga akan terbatal secara automatik dan serta-merta dengan penjualan mana-mana kereta atau tayar yang ditandakan dengan bintang di luar Malaysia serta jualan semula secara komersil.

Program Jaminan Tayar BMW melibatkan keempat-empat tayar yang ditandakan dengan bintang BMW dan dipasang pada kenderaan. Ia sah selama 24 bulan mulai tarikh pendaftaran pertama kenderaan baharu tersebut, tarikh tayar yang ditandakan dengan bintang BMW itu dibeli atau ketika hendak membuat tuntutan ke atas keempat-empat tayar berkenaan – mana-mana tiba dahulu.

Program Jaminan Tayar BMW ialah tayar yang dipasang pada kenderaan dan tidak boleh ditukar sekiranya tayar itu digunakan pada kereta lain. Untuk menggantikan tayar atau tayar dijual ketika proses perkhidmatan selepas jualan, jaminan tayar ini sah dalam tempoh 24 jam mulai tarikh pembelian daripada Pengedar Sah BMW dan akan terbatal apabila tuntutan dibuat. Sebarang kerosakan kerana tayar haus secara normal, tayar rosak disebabkan oleh pemilik kenderaan, pembantu mereka, wakil atau kereta tidak digunakan dengan betul, maka tayar tersebut tidak dilindungi di bawah program jaminan yang baru ini.

Situasi-situasi lain yang tidak dilindungi di bawah Program Jaminan Tayar BMW termasuklah apabila menyertai acara-acara dengan unsur-unsur perlumbaan, pandu uji dan kenderaan terlibat dalam kemalangan kerana penglibatan dalam  acara berkenaan.  Perubahan  pada binaan asal kenderan seperti talaan atau pemasangan alat ganti dan aksesori yang tidak diluluskan oleh BMW Group Malaysia; masalah kehausan tayar yang teruk dan tidak rata kerana pembaikan trek dan camber yang tidak betul, tekanan tayar tidak tepat, penggunaan bampar yang rosak, plat-plat brek, hakisan, selain kenderan digunakan untuk tujuan komersil seperti teksi, menghantar barang, perkhidmatan kereta sewa yang dipandu sendiri atau  syarikat.

Maklumat lanjut mengenai Program Jaminan Tayar BMW boleh didapati daripada BMW Voice di talian 1800-88-3000 dan laman web www.bmw.com.my.

BMW (3)

 

Previous post

Volvo 242 Yang Menakjubkan

Next post

Mercedes-AMG Lancar S63 4MATIC Cabriolet Edisi 130

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *