Daihatsu Tidak Lama Lagi Akan Dimiliki Sepenuhnya Oleh Toyota
Toyota Motor Corporation (Toyota) dan anak syarikatnya Daihatsu Motor Sdn Bhd (Daihatsu) telah mencapai satu perjanjian di mana Daihatsu akan menjadi anak syarikat milik penuh Toyota melalui pertukaran saham. Tujuan perjanjian ini adalah untuk membangunkan kereta yang sentiasa lebih baik dengan mengamalkan strategi bersepadu bagi segmen kereta kecil, di mana kedua-dua syarikat akan bebas untuk memberi tumpuan kepada kecekapan teras mereka. Akhirnya, ini akan membantu Daihatsu dan Toyota untuk mencapai matlamat bersama mereka untuk mencapai pertumbuhan yang mapan.
No Comment