Edaran Tan Chong Motor Perkenalkan Nissan X-Trail Talaan Impul
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan X-Trail Talaan IMPUL. Varian baharu yang lebih sporty ini menawarkan pilihan dan peluang kepada pelanggan yang gemarkan dunia sukan bermotor.
Terdapat dua varian IMPUL yang ditawarkan iaitu 2.5L 4WD Premium IMPUL berharga RM172,516.42 manakala 2.0L 2WD Premium IMPUL pada harga RM149,715.05 (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).
Pakej IMPUL ini nyata menyerlahkan lagi penampilan Nissan X-Trail serba baharu yang sudah sedia sporty dan garang. Dipasang dengan skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18” bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat, penambahbaikan ini jelas menunjukkan wajah Nissan X-Trail yang agresif dan atletik. Sekali gus menawarkan penampilan yang lebih tegap di atas jalan raya. Dengan IMPUL Sports Springs, ketinggian kenderaan dapat direndahkan sebanyak 30mm demi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut.
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu nyata memberikan Crossover Premium Inovatif itu gaya baru yang dinamik dan pastinya dapat menarik minat penggemar sukan bermotor.
“X-Trail mempunyai ramai peminat di Malaysia. Kami percaya dengan sentuhan IMPUL pada Nissan X-Trail, ia bukan sahaja mampu menyerlahkan penampilan serta dinamik pemanduannya. Malah wajah baharu ini juga akan menarik minat mereka yang mahukan gaya lebih sporty pada kenderaan masing-masing.”
Nissan X-Trail serba baharu menyertai model-model seperti X-Gear, Grand Livina dan Sylphy yang menerima talaan IMPUL di Malaysia. IMPUL ialah sebuah syarikat talaan untuk kenderaan Nissan dari Jepun yang kaya dengan warisan sukan bermotor serta meningkatkan aspek estetik dan prestasi model-model Nissan menerusi aksesori yang dihasilkannya. Pencapaian sukan permotoran terkini bagi pasukan IMPUL adalah tempat kedua dalam Super GT 2015 dalam kelas GT500 dengan Calsonic IMPUL GT-R.
Pelanggan dan pemilik Nissan X-Trail serba baharu yang berminat untuk meneroka sisi lasak mereka juga boleh mendapatkan pakej IMPUL. Sila hubungi divisyen IMPUL di talian 03-4047 8786 atau emel ke impul@tanchonggroup.com. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.impul.com.my.
Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL | Harga Alat Ganti Secara Berasingan
(termasuk GST) |
Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Belakang dan Skirting Sisi) | RM 5,300 |
IMPUL Sports Springs | RM 1,060 |
Rim aloi 18” IMPUL Aura SX-50 18” (4 unit) | RM 5,830 |
Tayar Continental MaxContact MC5 (4 unit) | RM 2,756 |
Visor Pintu | RM 424 |
Plat Pemijak Kaki LED | RM 530 |
JUMLAH | RM 15,900 |
No Comment