Konsep / Lakaran / Intipan

Iklan Pengusik Bugatti Chiron Tanpa Bugatti Chiron

Kami faham, syarikat-syarikat kereta suka menguar-uarkan produk baru tetapi tidak ada apa-apa di sini yang memberitahu kita yang Chiron akan datang. Ya, kita tahu yang kereta ini akan laju, mungkin memecah rekod laju, jadi mungkin ia ada baiknya jika kita ditunjukan sedikit kereta itu?

Ianya seperti seluruh tim produksi, barisan pelakon, set-set yang sudah siap, berada dilokasi untuk membuat pengambaran kereta ini tetapi … keretanya tak ada. Inilah akibatnya bila anak anak muda kita sekarang terlalu mengejar creativity. Mahukan kelainan. Nah engkau. Ini iklan kereta. Tak payah kereta.

Walau bagaimana pun, anda tontonlah sendiri.

 

Previous post

Iklan Lexus RX Gunakan Pelakon Jude Law

Next post

Dengar 5 Generasi BMW M3 Dalam Satu Video

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *