Memandu Secara Beretika Dibawakan Oleh Ford & Institut Emily Post
Tip-tip untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan (dan sopan) pada tahun baru ini
Ford Motor Company dan Institut Emily Post bekerjasama menawarkan tip-tip berguna untuk membantu anda menjadi pemandu yang lebih bersopan dan berhemah. Jadikannya sebagai salah satu azam tahun baru serta membuatkan jalan raya lebih aman dan tenteram pada tahun 2016 ini.
TINGKAH LAKU PEMANDU
Pemulaan tahun baru merupakan masa di mana kita semua memenuhi jalan raya dan kembali ke tempat kerja selepas lama bercuti.
Utamakan Keselamatan
Amalan pemanduan yang bersopan, sabar dan defensif boleh menjadikan anda seorang pemandu yang lebih berhemah – terutama apabila jalan-jalan mulai sesak pada awal tahun.
PEMANDU KEPADA PENUMPANG
Berkongsi kenderaan boleh memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi jangan lupa untuk memikirkan keselesaan dan kepuasan penumpang anda.
Pemandu ialah hos
Bertimbang rasa dengan aspek keselesaan penumpang anda – perlahankan kenderaan, tidak memotong barisan dan panaskan dahulu tempat duduk sebelum mereka masuk ke dalam kereta. Penumpang perlu rasa selamat dan tenang – jika tidak perjalanan mungkin berasa semakin jauh.
PENUMPANGKEPADA PEMANDU
Pemandu di tempat duduk belakang boleh mengakibatkan kemalangan dan mendatangkan bahaya… anda juga mungkin akan rasa bersalah juga.
Jangan jadi penumpang yang pasif
Pastikan anda kekal peka dan lihat papan tanda jalan. Cuba tidak mengemas kini Instagram anda setiap lima saat. Pendek kata, jangan jadi pemandu di tempat duduk belakang.
MEMANDU SECARA BERETIKA… dengan keluarga
Dengan anak-anak sentiasa melekat dengan tefon pintar, mencari masa berkualiti bersama keluarga menjadi semakin sukar.
Habiskan masa bersama keluarga
Gunakan masa pergi bercuti sebagai masa berkualiti untuk berbual-bual dengan ahli keluarga – berbual tentang perkara yang menyeronokkan, serius dan main permainan. Pastikan tempoh anda berbual dengan penumpang sama banyak dengan anda berkomunikasi dengan sistem hiburan kenderaan.
MEMANDU SECARA BERETIKA… dengan rakan-rakan
Sama ada harga petrol tinggi atau rendah, seorang penumpang yang baik akan sentiasa menawarkan diri untuk membayarnya
Elakkan momen yang janggal
Bagi memastikan anda akan dijemput lagi untuk percutian seterusnya, tawarkan diri untuk membayar petrol, belikan snek dan minuman serta kemaskan kenderaan. Anda juga boleh bawa senarai lagu kegemaran pemandu anda.
MAKSUD HON
GUNAKANNYA, TETAPI JANGAN SALAH GUNA PULA!
Bunyi beep pendek dan perlahan yang berulang-ulang …….. “Hai!”
Bunyi beep yang pantas …….. “Pandang depan – saya di sini!”
Bunyi beep yang agak kuat dan panjang…….. “Hey! Lampu hijau sudah menyala selama 10 saat.”
Bunyi hon yang panjang, diulang beberapa kali….. “Cepat bergerak – Saya sudah lambat.”
Bunyi hon yang kuat, panjang dan tidak berhenti……… “Saya benar-benar marah dan sudah hilang sabar!”
No Comment