Petron Lancar BLAZE 100 EURO 4M – Octane Rating Tertinggi di Malaysia
Petron baru-baru ini melancarkan petrol, pertama dan satu-satunya, 100 RON (Research Octane Number) Premium dalam pasaran Malaysia – Blaze 100 Euro 4M.
Dengan 100 RON – yang paling tinggi di pasaran Malaysia – Blaze 100 Euro 4M mempunyai ketahanan yang luar biasa kepada ketukan enjin yang merosakan enjin kereta. Ketukan enjin menyebabkan pembakaran bahan api yang tidak rata dan penggunaan bahan api yang lebih banyak. Penarafan oktana yang tinggi Blaze 100 Euro 4M memberanikan pengguna untuk menakluk jalan raya dengan mudah.
Blaze 100 Euro 4M berharga RM2.80 seliter dan dirumuskan dengan Tri-Activ – formula tindakan tiga kali ganda yang memberikan kuasa dan perlindungan enjin yang lebih baik dan perbatuan yang lebih baik. Bahan api yang berprestasi tinggi menyediakan tindak balas enjin yang sangat baik dan kuasa dan pecutan yang optimum.
Ia juga membolehkan tindakan pembersihan yang luar biasa untuk mengekalkan kecekapan enjin dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Bahan api yang berprestasi tinggi juga memenuhi spesifikasi Euro 4M, menyebabkan pelepasan lebih rendah dan kualiti udara yang lebih baik.
Bahan api oktana tinggi memberikan kuasa enjin yang sukar ditandingi dan melepaskan potensi penuh kebanyakan enjin, termasuk mereka yang mempunyai sistem kawalan pelepasan seperti catalytic converters didalam kenderaan yang lebih tua. Yang paling menarik, bahan api baru ini dikeluarkan oleh pengeluar tempatan di Petron Port Dickson Refinery di bawah kawalan kualiti yang ketat.
Petron buat permulaan membekalkan Blaze 100 Euro 4M di hanya 8 stesen di Lembah Klang dan Selatan Semenanjung, dengan lebih banyak lagi pada bulan-bulan yang akan datang. Ini adalah 8 stesen yang kini dilengkapi dengan bahan api yang baru:
- Petron ML3 Federal Highway
- Petron Taman Tun Dr Ismail
- Petron Damansara Kayu Ara
- Petron Kesas West Bound
- Petron Jalan Maarof
- Petron Sg Besi Toll South Bound
- Petron Skudai Toll North Bound
- Petron Linkedua South Bound
No Comment