Proton Melawan Balik
Pautan web secara langsung antara Pusat Teknikal Ricardo Shoreham di UK, dan ibu pejabat Proton di Shah Alam, Malaysia, telah digunakan pada hari Isnin 18 Januari 2016 untuk sambutan bersama ‘penghidupan pertama’ prototaip inovatif keluarga enjin baru bersedia untuk menerajui fasa seterusnya dalam pertumbuhan pembuat kereta Malaysia.
Enjin prototaip yang secara rasmi dihidupkan buat kali pertama pada majlis itu, adalah hasil daripada reka bentuk dan pembangunan kerjasama Ricardo yang bermula pada April 2015. Ia adalah yang pertama daripada keluarga enjin tiga dan empat silinder baru Proton – termasuk varian turbocharged gasoline direct injection (TGDI) – yang telah dirancang untuk pelancaran ke pasaran bermula pada tahun 2017.
Unit kuasa padat ini telah direka dari awal lagi untuk bersesuaian dengan peraturan Euro 6c, menyediakan peluang yang penting bagi Proton untuk membangunkan kedudukannya di UK dan lain-lain pasaran EU.
Kecekapan bahan api, pemanduan, keberkesanan kos dan kemudahkan perkhidmatan diambil kira bila mereka bentuk enjin baru Proton ini. Dengan menggunakan teknologi sistem pembakaran Ricardo yang terbukti, enjin keluarga baru ini akan menyediakan ciri tork kelajuan rendah menawarkan kedua-dua pengalaman pemanduan yang bermanfaat dan ekonomi bahan api yang cemerlang. Reka bentuk enjin menawarkan pemanasan cepat yang didasarkan kepada falsafah geseran yang rendah secara keseluruhan. Pada masa yang sama, ia telah direka dengan blok besi tuang kos efektif, membolehkan Proton menggunakan fasiliti pengeluaran yang sedia ada, dan memaksimumkan penggunaan part-part dan pemasanagan yang sama untuk seluruh keluarga enjin baru ini.
Prototaip pertama enjin keluarga baru merupakan varian 4 silinder 1.5 TGDI telah dihidupkan dari jauh oleh Yang Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton Holdings, yang merupakan antara kira-kira 200 orang yang menghadiri sambutan di Malaysia.
No Comment