Ranger Catat Rekod, Pacu Jualan Kenderaan Ford Pada Tahun 2015 di Malaysia
Ford hari ini mengumumkan jualan runcit untuk tahun 2015 di Malaysia mencecah 12,130 unit, dipacu oleh rekod jualan trak pikap Ranger.
Ford menamatkan tahunan yang memberangsangkan apabila jualan bulan Disember meningkat sebanyak 889 units.
Ranger yang mendefinisikan semula kelasnya kekal menjadi kenderaan Ford paling laris di Malaysia. Trak pikap kedua paling laris secara keseluruhannya pada tahun 2015 itu melonjak sebanyak tujuh peratus kepada 9,231 unit.
“Ranger baharu membuktikan warisan pembuatan trak dan kepakaran global Ford. Ia merupakan trak pikap yang paling berkemampuan, berkuasa dan pintar di pasaran sekarang. Ranger memiliki segala yang disukai oleh pelanggan di Malaysia, sekali gus membantu meningkatkan lagi daya tarikannya,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.
Ranger baharu yang dilancarkan di Malaysia pada Oktober lalu cukup dikenali kerana sistem keselamatan yang mendahului kelasnya dan menerajui segmen trak pikap tempatan.
Ranger baharu telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) – ini termasuklah skor keseluruhan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) paling tinggi berbanding mana-mana trak pikap di Malaysia.
Ranger juga dinamakan sebagai Trak Pikap Terbaik 2015 pada acara anugerah New Straits Times-Maybank Car of the Year 2015 dan 2015 ASEAN Car of the Year.
Fiesta yang sporty menyumbang kepada jualan tahunan sebanyak 1,237 unit. Dengan permintaan kukuh terhadap varian 1.5L dan 1.0L EcoBoost yang banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa, Fiesta menawarkan kombinasi prestasi, penjimatan bahan api dan tahap emisi yang mendahului kelasnya.
Versatiliti EcoSport yang menggabungkan aspek kelincahan, mampu milik dan penjimatan bahan api sebuah kereta kompak dengan fleksbiliti, gaya serta posisi pemanduan yang tinggi sebuah SUV menyumbang jualan tahunan sebanyak 855 unit.
Kenderaan komersil Ford turut memperoleh momentum dengan rangkaian van Transit menyumbang jualan sebanyak 93 unit.
Pengembangan Rangkaian dan Penambahbaikan Khidmat Pelanggan
Strategi pengembangan rangkaian serta penambahbaikan khidmat pelanggan Ford dan rakan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang bernilai RM140 juta diteruskan pada tahun 2015 menerusi pembukaan tiga kemudahan yang telah ditambah baik secara signifikan. Ini termasuklah pusat servis dan bilik pameran 3S ke-48 Ford yang paling maju dan besar, SDAC PJ2.
“Pusat servis dan bilik pameran SDAC PJ2 baharu yang bertaraf dunia direka untuk menawarkan pengalaman jualan dan selepas jualan terbaik kepada pelanggan Ford di kawasan Lembah Klang yang kian bertambah,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.
Usaha Ford dan SDAC untuk menambah baik aspek khidmat pelanggan dapat dilihat dengan jelas pada tahun 2015. Ia menyaksikan peningkatan kedua paling tinggi berbanding mana-mana jenama dalam Kaji Selidik Indeks Khidmat Pelanggan J.D Power 2015. Ford melojak sebanyak lima anak tangga untuk berada di tempat keempat dalam kaji selidik tersebut.
“Kami komited untuk pergi lebih jauh pada tahun 2016. Ini kerana kami akan terus menambah baik kemudahan demi meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhannya. Kami juga akan terus memperluaskan rangkaian kenderaan global Ford menerusi beberapa pelancaran model. Ini termasuklah model Mustang baharu yang ikonik dan Focus baharu yang padat dengan teknologi,” kata Westerman.
No Comment