Renault Malaysia Kekal Harganya Untuk 2016
TC Euro Cars, pemegang francais tunggal untuk kereta Renault di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menaikkan harga untuk kereta Renault pada 2016.
Harga semasa akan dikekalkan untuk kesemua model Renault di Malaysia walaupun pertukaran asing yang tidak menguntungkan memberi kesan kepada kenderaan dan komponen yang diimport serta peningkatkan kos pengeluaran.
Semua kereta Renault di Malaysia mempunyai selang perkhidmatan 10,000km atau enam bulan, yang mana terdahulu kecuali RS dan model EV, datang dengan lima tahun jaminan pengilang tanpa had perbatuan dan, tidak seperti lanjutan jaminan kenderaan baru yang lain, ia disokong sepenuhnya oleh Renault untuk kemudahan pemilikan kerana tidak banyak komplikasi dengan terma dan syarat.
Tambahan pula, dengan Renault Fluence anda akn dapat 5inFLUENCE pakej penyelenggaraan bebas-risau yang merangkumi jaminan pengeluar penuh 5 tahun, 5 tahun penyelenggaraan percuma, jaminan 1 tahun alat ganti tulen , perkhidmatan pick-up percuma bagi setiap servis yang dijadualkan dan kereta ihsan apabila Fluence anda ditinggal di pusat perkhidmatan untuk lebih daripada 48 jam.
No Comment