Tesla S Terbakar Di Tempat Mengecas
Isu bateri permainan papan roda letrik terbakar masih hangat dan sekarang ini pula.
Jumaat lepas di Norway, anggota bomba telah dihantar untuk menyelamatkan sebuah Tesla Model S yang terbakar ketika mengecas mengunakan salur isian laju di stesyen pegecas Sundebru Supercharger di Gjerstad. Api dikatakan bermula apabila pemilik Model S itu meninggalkan keretanya mengecas di gerai Supercharger itu.
Tidak lama selepas ditinggalkan kereta terus menyala dan terbakar hangus seperti yang dilihat dalam foto yang dikongsi di sini. Anggota bomba mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk memadamkan api, kerana tidak seperti api tradisional di mana air digunakan sebagai ejen pemadam, kebakaran dalam kenderaan elektrik perlu dipadamkan menggunakan kaedah yang berbeza. Jika barisan kereta Tesla diperkenalkan di sini, bomba Malaysia kita harus bersedia untuk menghadapi api yang sebegini?
Satu-satunya cara untuk memadamkan api dalam kereta elektrik adalah dengan menggunakan air dengan bahan copper. Ini terlalu mahal untuk disediakan di setiap balai bomba. Tesla Model S menggunakan bateri litium Nikel Cobalt Aluminium (NCA) dan stesen pengecas menggunakan litium Nikel Mangan Cobalt (NMC) bateri.
Nampak gayanya bateri lithium ini harus diteliti dengan lebih mendalam lagi memandangkan kes-kes kebakaran ini. Handphone, papan roda letrik dan sekarang, kereta letrik.
No Comment