UBER Mencecah 1 Billion Tunganggan Secara Global
UBER telah menjadi subjek kontroversi, bukan sahaja dalam berita tempatan tetapi di seluruh dunia juga. Kita telah melihat bagaimana pemandu teksi tempatan membantah terhadap perkhidmatan ini, kerana ia telah menjejaskan pasaran sehingga tahap yang menyebabkan lebih ramai orang lebih suka untuk menaiki Uber daripada teksi untuk menangani harga mahal antara isu-isu lain .
Ya, UBER di Malaysia menghadapi masalah tetapi tidak lah seteruk mana. Mungkin kerana demografi pemandu UBER disini yang menjadikan mereka kurang dipersoalkan – tetapi diluar negara terdapat kes kes rogol dan serangan yang dilaporkan, dan juga gangguan dari pemandu UBER yang membuat perkhidmatan ini agak tersebar luas. Memang kes-kes ini tidak banyak tetapi yang segelintir itu telah menyebabkan keadaan agak kucar-kacir memandangkan UBER memasarkan fakta yang mereka lebih selamat berbanding perkhidmatan teksi konvensional.
Walaupun dengan semua itu, perkhidmatan perkongsian perjalanan ini masih mengekalkan popularitinya, terbukti adalah hakikat bahawa ia telah menyediakan lebih daripada 1 bilion tunggangan setakat ini. Perjalanan ke satu billion sebenar berlaku di London, pada malam Hari Krismas. Itu adalah bilangan yang mengkagumkan bagi sebuah syarikat yang telah wujud selama lebih kurang 5 tahun dan ini bererti tunggangan purata adalah kira-kira 15 juta sebulan di peringkat global.
No Comment