Berita Auto

Aston Martin Sedia Memperkenalkan DB11

Aston Martin akan mengumumkan DB11 baharu di pameran auto Geneva yang akan datang sebagai permulaaan pembaharuan kepada barisan usang jenama kereta super kelahiran British ini. Kejayaan DB11 ini adalah penting dalam usaha jenama untuk kembali ke keuntungan yang mampan selepas lima tahun kerugian. Grand Tourer akan menggantikan DB9, yang diperkenalkan 13 tahun yang lalu. DB11 akan mula dijual dipasaran global syarikat ini pada suku ketiga. Ia akan duduk di antara penggantian bagi model entry level Vantage dan model prestasi tinggi Vanquish. Kedua-dua model ini akan dilancarkan sebelum 2018.

aston martin db111

 

Ia mungkin akan mendapat enjin V-12 twin-turbocharged 5.2-liter. DB11 ini juga dijangka untuk menawarkan turbocharged V8 dibekalkan oleh Mercedes-Benz. Tuan punya Mercedes iaitu Daimler mempunyai 5% kepentingan  di Aston.

Kereta itu mendapat lencana DB11 walaupun ia menggantikan DB9 kerana Aston membina DB10 untuk filem James Bond Spectre.

Pelancaran kereta DB11, Vantage dan Vanquish akan diikuti dengan pengenalan SUV mereka yang akan berdasarkan konsep DBX yang ditunjukkan tahun lalu dan sebuah sedan utama Lagonda yang akan bersaing dengan Bentley dan Rolls-Royce.

 

Previous post

Mini Clubman Sebesar Golf GTI

Next post

Lexus LC500H Disahkan. Coupe Mewah Berkuasa Hibrid.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *