Audi Keluarkan Notis Recall di Amerika Syarikat Untuk Beg Udara Takata
Atas nasihat daripada U.S. National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) Audi of America memanggil semula 170,000 kereta model tahun 2005 hingga 2014. Audi telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa beberapa beg udara depan sebelah pemandu tertentu dibuat oleh pengilang Takata mungkin rosak. Produk dari pengeluar Jepun ini juga dipasang ke dalam beberapa model Audi di Amerika Syarikat.
Setakat ini, hanya Daimler dan Volkswagen Group telah tampil ke hadapan dalam isu ini, membuat kenyataan penarikan balik kerana masalah kecacatan Takata. Ia berkemungkinan lagi ramai pemain lain dalam industri ini akan lambat laung mengeluarkan arahan pemanggilan balik apabila mereka menentukan model-model mereka yang terjejas.
No Comment