Konsep / Lakaran / Intipan

Bermula 15 Februari 2016 Kesemua Model Kereta PROTON Akan Dinaikkan Harga

Berikut pengumuman yang dikeluarkan oleh PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) pada awal December 2015 yang lalu, PROTON akan melaksanakan perancangannya bagi menaikkan harga jualan bagi kesemua model kereta keluaran syarikat ini. Kenaikan harga kereta ini akan memperlihatkan peningkatan daripada RM312 sehinggalah RM2,021 mengikut jenisjenis kereta, dan akan berkuatkuasa bermula 15 Febuari 2016.

Proton-Iriz

Peningkatan harga ini sejajar dengan kejatuhan nilai wang ringgit di mana ianya memberi kesan kepada kos bahan-bahan mentah yang diperolehi menggunakan mata wang asing. Kejatuhan nilai wang ringgit telah mempengaruhi perbelajaan kos operasi serta rantaian eko-sistem syarikat ini.

Bagi mengurangkan kesan yang sedikit sebanyak telah menjejaskan syarikat sejak Ogos 2015, PROTON telah mengambil langkah sewajarnya terutamanya dalam hal perbelanjaan kos-kos operasi yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, penurunan nilai wang ringgit telah memberikan tekanan kepada PROTON serta syarikat automotif yang lain secara keseluruhannya.

Pelanggan yang berhasrat membeli kereta baru bolehlah segera berkunjung ke mana-mana bilik pameran PROTON di seluruh negara untuk menikmati tawaran sempena Tahun Baru Cina. Kadar faedah sebanyak 2.8% bagi kesemua kereta Proton dan skim graduan khas dengan ansuran bulanan dari RM258 sebulan menanti pembeli kereta baru. Selain itu, terdapat juga rebat sehingga RM6,200 bagi model-model tahun 2015 dan diskaun 30% bagi barangan PROTON. Pelanggan juga boleh menikmati rebat sehingga RM3,000 di bawah ganjaran kesetiaan terutama kepada semua pemilik kereta-kereta Proton yang ingin menukar atau menggantikan kereta lama Proton mereka. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2016.

PROTON juga menawarkan 30 mata pemeriksaan secara percuma kepada pemilik Proton di semua pusat servis PROTON sempena promosi keselamatan sempena Tahun Baru Cina.

Senarai harga baru bagi kereta-kereta Proton ini akan dipaparkan di laman sesawang PROTON bermula pada tarikh kuatkuasa seperti yang dinyatakan.

Proton Persona 2

Previous post

Pendapatan Bersih Ford Bertambah 5 Kali Ganda

Next post

SUV Toyota Prado GX Terpakai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *