Bilik Pameran Perdana Renault Dinaik Taraf Menawarkan Pengalaman Pelanggan Yang Dipertingkatkan
TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal untuk kereta Renault di Malaysia, baru-baru ini menaik taraf bilik pameran utama Renault di Petaling Jaya untuk menyediakan pengalaman yang lebih memperkaya dan inklusif kepada pelanggan dan pelawat.
Terletak di Jalan Kemajuan, Seksyen 13 di Petaling Jaya, bilik pameran Renault yang dipertambah baik mempunyai sebuah restoran dan pub baru dipanggil Tavern 13, sebagai tambahan kepada kafe yang sedia ada, untuk mewujudkan pengalaman gaya hidup lebih di bilik pameran.
Menyajikan masakan barat dan BBQ Thai, tempat duduk kasual dan suasana santai Tavern 13 menjadikan ia tempat yang sesuai untuk pelanggan menunggu di dalam atau hanya sekadar untuk bersantai.
Sentuhan Renault ditambah dengan gambar-gambar terkini aktiviti-aktiviti utama di Malaysia, paparan menarik klip video Renault yang berkaitan dan unsur-unsur penjenamaan lain.
Di luar dan di hadapan bilik pameran, adalah platform yang memaparkan kenderaan baru dibina jelas kelihatan dari Jalan Semangat. Platform paparan ini mempamerkan kenderaan bergaya dan cekap bahan api terkini dari Renault, seperti urban-crossover Captur baru dan Clio GT Line hatchback kompak.
Selain itu, pelanggan kini boleh membuat temu janji melalui perunding jualan untuk drop-off kenderaan Renault mereka di bilik pameran. Selain menikmati F & B sementara menunggu kereta mereka untuk diservis, mereka juga boleh menggunakan salun rambut yang bersebelahan dengan bilik pameran untuk kemudahan lanjut dan untuk menghabiskan masa mereka sebaik mungkin.
Sebagai alternatif, Renault Sales Consultants bersiap sedia untuk mengambil dan menghantar kenderaan Renault mereka apabila tiba masanya untuk servis.
Setakat ini, Renault mempunyai 15 bilik pameran dan 14 pusat perkhidmatan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
No Comment