Honda Didapati Pembuat Kereta Yang Paling Boleh Diharap Di Eropah
Tinjauan yang dijalankan oleh Organisation of Consumers and Users (OCU), dengan lebih 30,000 pemandu Eropah, memberi tumpuan kepada kebolehpercayaan, lebih 178 model yang berbeza, telah mendapati bahawa pelanggan memilih Honda sebagai jenama kereta yang paling boleh dipercayai.
Secara keseluruhan, Honda mencapai kedudukan teratas sekali dalam kaji selidik itu, dengan rating kebolehpercayaan 93/100 dan dengan lebih 79% daripada responden kaji selidik itu berkata mereka akan mengesyorkan kenderaan Honda. Honda Jazz telah dipilih sebagai kereta teratas dari segi kebolehpercayaan dalam kategori kenderaan “utiliti”.
No Comment