Berita Auto

ISUZU Kekal Sebagai Jenama Trak Paling Popular Malaysia

Isuzu terus menjadi jenama pilihan di antara kalangan pengendali kenderaan komersial di Malaysia apabila ia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam carta jualan untuk tahun 2015.

Isuzu Malaysia mencatat satu lagi rekod apabila pelanggan di Malaysia telah membeli sebanyak 6,387 unit trak Isuzu pada tahun 2015 berbanding 6,321 unit pada tahun sebelumnya.  Angka tersebut membuatkan pengeluar kenderaan yang terkemuka dari Jepun menjadi jenama trak paling popular di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Dipacu oleh pertumbuhan signifikan dengan permintaan hampir 100% ke atas trak tugas sederhana Forward, trak tugas berat Giga serta trak prime mover, Isuzu meneruskan dominasinya dalam pasaran trak di Malaysia dengan menguasai 36.2% perkongsian pasaran.

Berkenaan dengan ulasan mengenai laporan pasaran 2015 yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyatakan bahawa sentimen ekonomi yang kian lemah dan usaha berorientasikan pelanggan yang dilaksanakan oleh syarikat adalah sumbangan kepada kejayaan Isuzu menjadi jenama trak pilihan.

“Memandangkan syarikat pengendali trak sentiasa mencari jalan untuk mengawal kenaikan kos, mereka mendapati trak-trak Isuzu mampu menawarkan penyelesaian yang ideal kerana ia mampu meningkatkan penjimatan bahan api dan penghantaran secara signifikan. Permintaan yang memberangsangkan terhadap trak tugas sederhana dan berat kami juga menunjukkan bahawa pelanggan sedar, apabila mereka bertukar kepada trak Isuzu yang berteknologi tinggi, mereka boleh merasai perbezaan dari segi kos operasinya,” kata Matsuoka.

Jelas Matsuoka lagi, inisiatif syarikat yang fokus untuk mengukuhkan asas perkhidmatan berorientasikan pelanggan berjaya meningkatkan lagi keyakinan para pengguna.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melaksanakan program-program berorientasikan pelanggan. Program itu fokus kepada keperluan yang melangkaui keperluan pengguna pada hari ini. Ia bukan sahaja melibatkan aspek menambah baik rangkaian pengedaran atau kebolehdapatan alat ganti, malah setiap usaha yang kami laksanakan adalah untuk memastikan para pelanggan dilayan sebaiknya pada hari ini dan seterusnya,” tambah Matsuoka.

Untuk mengetahui bagaimana trak terlaris di Malaysia ini boleh membantu menjimatkan kos operasi perniagaan anda, kunjungi pengedar sah trak Isuzu yang berhampiran. Untuk senarai penuh, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my/truck

 

Previous post

PROTON Meneruskan Tradisi Pemeriksaan Keselamatan Percuma Sempena Tahun Baru Cina

Next post

Pusat 4S Ketiga Volkswagen di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *