Lapan Pasukan Malaysia Menolak Sempadan Kecekapan Bahan Api Di SHELL Eco-Marathon Asia 2016
Lapan pasukan pelajar Malaysia dari lima universiti – Monash University Malaysia; Universiti Multimedia; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Teknologi MARA – berharapan agar dapat membanggakan negara di Shell Eco Marathon Asia 2016, satu pertandingan unik yang mencabar pelajar untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta yang paling cekap tenaga.
Mereka akan berlepas minggu depan untuk bersaing dengan lebih 100 pasukan pelajar dari 16 negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika, di Filipina, 3-6 Mac 2016, di litar jalanan yang direka khas di jalan-jalan kota Manila. Dipertandingan ini, pasukan pelajar dicabar untuk meregangkan sempadan kecekapan bahan api dalam keadaan bandar dunia yang sebenar, dan pemenang ditentukan dengan perbatuan yang dicapai dengan satu liter bahan api, dan bukannya kelajuan.
Upacara flag-off pertandingan pelajar akan diadakan pada 4 Mac di Rizal Park, manakala majlis dan anugerah persembahan penutupan akan diadakan pada 6 Mac di Hotel Manila.
Juga berlansung bersama-sama Shell Eco-marathon Asia, edisi ketiga Shell Powering Progress Together Forum di Manila, di mana lebih daripada 250 pemimpin-pemimpin perniagaan, kerajaan dan masyarakat sivil di seluruh Asia Pasifik berkumpul untuk membincangkan cabaran dan potensi penyelesaian tenaga, air dan sumber makanan global.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua Shell Eco-marathon, sila layari www.shell.com/semasia
No Comment