Mahindra & Mahindra Sedia Menghasilkan Kereta Permium Reka Bentuk Pininfarina
Mahindra & Mahindra India telah mula mengadakan perbincangan dengan Pininfarina, rumah reka bentuk Itali yang mereka setuju beli pada bulan Disember, untuk membina sebuah kereta premium untuk pasaran tempatan, bagi menangani peningkatan dalam persaingan segmen SUV utama.
Pembikin terbesar SUV dan traktor di negara ini akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, jenis kereta dan masa ianya akan keluarkan, kira-kira empat tahun kemudian, kata Pengarah Eksekutif Pawan Goenka kepada Reuters di pameran auto Delhi minggu ini.
Syarikat Kumpulan Tech Mahindra Ltd. telah memberli pereka kereta Ferrari, Maserati dan Rolls-Royce yang kerugian pada akhir tahun lepas, menambah keupayaan premium untuk syarikat yang terkenal dengan kereta berkotak dan praktikal.
No Comment