Mitsubishi Motors Malaysia Keluarkan Panggilan Balik Penting Untuk Lancers Yang Dijual Antara 2004-2006
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, telah memohon untuk penggantian inflator beg udara penumpang untuk 895 Mitsubishi Lancer JT yang dihasilkan dari bulan September 2004 hingga April 2006.
Sebahagian daripada beg udara sisi penumpang boleh melepaskan serpihan logam apabila mengembung menyebabkan kecederaan kepada penumpang.
MMM akan mengeluarkan notis kepada pemilik Mitsubishi terjejas dan kos penggantian akan ditanggung penuh oleh syarikat.
MMM meminta para pelanggan untuk membuat temu janji di mana-mana pusat servis Mitsubishi Motors untuk penggantian di atas.
Untuk senarai pusat-pusat perkhidmatan dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan mereka di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00-5:00) untuk bantuan segera .
No Comment