Pemilik Renault Sport Sekali Lagi Berhari Litar
TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, sekali lagi [pertama tahun ini] telah menganjurkan sesi trek di Litar Antarabangsa Sepang.
Diadakan secara berkala sejak tahun 2010, sesi trek kelajuan tinggi direka untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan untuk pemilik-pemilik Renault Sports.
Mereka juga memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk menguji prestasi dan pengendalian kereta Renault Sport.
Seramai 30 pemilik Renault Sport menguji kemahiran dan prestasi kenderaan mereka dalam seberapa banyak pusingan sekitar litar yang mereka boleh dalam tempoh sesi 4 jam yang diperuntukkan.
Masa terbaik pemilik-pemilik:
Megane R.S. 275 Trophy R –2:37:234s
Megane R.S. 250 – 2:39:422s.
Masa terbaik pelumba kereta professional Denis Lian dari Singapura:
Megane R.S. 275 Trophy R – 2:24:350s.
Megane R.S. 265 Cup – 2:41:000s
Megane R.S. 265 Sport – 2:44:350s
Menawarkan prestasi tidak terhingga dan road-handling luar biasa, kereta sedia-litar Megane R.S. 265 Sport dan Megane R.S. 265 Trophy berwajah baru menyampaikan kuasa maksimum 265hp dan tork puncak 360 Nm.
Dengan transmisi manual 6 kelajuan, kedua varian Megane R.S. 265 mampu pecut dari 0 hingga 100 km / h dalam 6 saat, dengan kelajuan tertinggi 255 km / h.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.
For more information about Renault in Malaysia, please visit www.renault.com.my or www.facebook.com/RenaultMalaysia.
No Comment