Berita Auto

Tempahan Kini Dibuka Untuk Mitsubishi Outlander SUV Serba Baharu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar sah kenderaan Mitsubishi di Malaysia secara rasminya, mempertontonkan Mitsubishi Outlander SUV serba baharunya hari ini, sebelum pelancaran sebenar pada April depan.

Dijadualkan tiba di semua bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara pada April, para pelanggan boleh mula membuat tempahan untuk Outlander SUV bermula hari ini.

“Saya optimis bahawa Outlander SUV serba baharu akan memenangi hati banyak pembeli kereta di Malaysia. Ditawarkan pada harga berdaya saing dengan rupa bergaya, ruang 7 tempat duduk yang luas, ciri-ciri premium dan keselamatan terbaik, Outlander SUV serba baharu ini adalah SUV terhebat untuk keluarga di Malaysia,’’ kata En. Yang Won-Chul, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.

Outlander SUV didatangkan dengan harga pengenalan atas jalan eksklusif RM 166,720.00 bagi kenderaan yang ditempah dan didaftarkan sebelum 31 Mei 2016. Outlander SUV ini juga ditawarkan dengan pakej waranti selama 5 tahun atau 100,000km, yang mana dahulu.

Hanya terdapat dalam varian 4WD, kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini diperkasa oleh enjin 2.4 liter Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (MIVEC) yang memberikan kuasa maksimum 167 PS pada 6,000 rpm dan kuasa kilas maksimum  222Nm pada 4,100 rpm.

Outlander SUV ini ditawarkan dalam tiga warna – Merah (Red Metallic), Putih (White Pearl) dan Kelabu (Grey Metallic).

*Harga atas jalan di Semenanjung Malaysia tanpa merangkumi insurans GST.

Outlander SUV memiliki ciri-ciri premium seperti Bumbung Boleh Dibuka (Sunroof), Lampur Belakang Elektrik,  Lampu Hadapan LED bersama Lampu Pasang Siang (DRL) dan  tambah menarik dengan Rim Roda Aloi Dua-Ton 18’’ bagi melengkapkan rupa bergayanya.

Untuk ruang kabin pula, Outlander SUV memiliki tujuh kerusi versatil disarung Kulit dan Lampu Automatik dan Pengesan Hujan.

Sasaran jualan yang ditetapkan oleh MMM bagi Outlander SUV ialah 100 unit sebulan.

Rakyat Malaysia akan boleh melihat dari dekat Outlander SUV di lokasi pratonton terpilih seperti berikut:

No Negeri Tempat Pratonton Tarikh Masa
Mula Tamat  
1 Lembah Klang Bangsar Shopping Centre, Centre Court 24-Feb 28-Feb 10am-10pm
2 Pulau Pinang Queensbay Mall, Centre Court 3-Mac 6-Mac 10am-10pm
3 Lembag Klang One Utama Shopping Centre, GF Rainforest Concourse 16-Mac 20-Mac 10am-10pm
4 Johor Bahru Komtar, Centre Court 24-Mac 27-Mac 10am-10pm

Ciri-ciri Keselamatan

Seperti model-model lain Mitsubishi, prestasi tinggi keselamatan adalah keutamaan besar. Ciri-ciri keselamatan standard terdapat pada Outlander SUV merangkumi 7 beg udara, Kawalan Aktif Kestabilan dan Terjahan (ASTC), Bantuan Mula Di Bukit (HSA), Sistem Pembrekan Anti-Kekunci (ABS) dengan Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Evolusi Keselamatan Impak Diperteguhkan (badan RISE) dan batang Kemudi Roda boleh diubah.

Sistem 4WD 

Untuk prestasi, kenderaan ini memiliki sistem pelbagai pilihan 4WD yang menawarkan tiga mod berbeza iaitu 4WD ECO, 4WD Auto dan 4WD Lock.

Mod 4WD ECO menekankan  penjimatan bahan api dimana kuasa kilas diedarkan ke roda hadapan semasa pemanduan biasa dan secara automatik mengagihkannya ke semua roda untuk terjahan dan kestabilan yang lebih baik semasa melalui permukaan jalan yang licin. Ini membolehkan Outlander SUV menjadi satu daripada kenderaan terbaik dalam kelasnya dengan kecekapan bahan api 12.8km/l*. (*Berdasarkan data pemanduan dalaman Mitsubishi Motors Malaysia)

4WD Auto secara automatik mengedarkan bilangan tepat kuasa kilas ke semua roda bagi memberikan prestasi mengambil selekoh dengan lebih lancar dan mengekalkan kestabilan kelajuan tinggi manakala 4WD Lock secara berterusan memberikan kuasa kilas ke semua roda semasa memanjat bukit, jalan berlumpur atau jalan yang sukar sama sekali.

Ciri-ciri terbaik dalam kelasnya pada Outlander SUV termasuk ruang kargo yang luas yang boleh memuatkan sehingga 4 beg golf atau tilam bujang (1,608-liter) dan jarak memusing 5.3 meter.

Konsep reka bentuk

Outlander SUV juga didatangkan dengan rupa hadapan ‘Dynamic Shield’, suatu konsep di mana rupa wajah dinamik melahirkan prestasi berkuasa dan jaminan rasa perlindungan yang dikongsi oleh banyak generasi kenderaan Mitsubishi.

Rangkaian Jualan MMM dan Lain-lain  

MMM diwakili oleh 56 bilik pameran (47 daripadanya adalah Pusat 3S) dan 52 pusat servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 13 bilik pameran (6 di Sarawak dan 7 di Sabah).

Model kompak SUV ASX 2WD dan 4WD dipasang tempatan di Malaysia manakala model-model lain Mitsubishi adalah CBU diimport dari Thailand (hatchback kompak Mirage, sedan kompak Attrage, Pajero Sport SUV, trak pikap Triton) dan Jepun (Outlander dan Lancer).

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar minat anda, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my atau menghubungi talian Khidmat Pelanggan Mitsubishi Motors di 1800 18 6611 (9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumaat termasuk cuti umum).

CEO of Mitsubishi Motors Malaysia, Mr. Yang Won-Chul at the media preview of the all-new Mitsubishi Outlander SUV

Previous post

Pemandu Ambulan Gerak 5-Batu Dalam 6 Minit

Next post

MTM Menunjukkan Mereka Audi RS3 R

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *