Volkswagen Meperkenalkan Touran R-Line – MPV Mereka Yang Paling Sporty
Volkswagen membawa lebih daripada gaya sport untuk kelas MPV dengan pengumuman Touran R-Line baharu. Kenderaan tujuh tempat duduk terbaru dan pemenang anugerah jenama ini kini boleh didapati dalam R-Line buat kali pertama. Trim R-Line adalah gred yang paling sporty dengan peralatan arus perdana Volkswagen dan menyediakan penambahbaikan gaya luaran dan dalaman, semua direka dengan teliti untuk menaikan kehendak, gaya kabin dan sikap di jalanraya.
Varian terbaik Touran R-Line baharu boleh didapati dengan pilihan enjin petrol atau diesel turbocharged kuat lagi jimat berkapasiti daripada 1.4 liter TSI kepada 2.0 liter TDI, dan dengan output antara 150 PS dan 190 PS. Ini dipadankan dengan pilihan transmisi yang luas, bergantung kepada pilihan enjin, terdiri daripada sama ada manual enam kelajuan atau enam atau tujuh kelajuan DSG.
No Comment