Volvo V90 Wagon Sedia Menerajui Segmen Wagon Global
Menurut para penganalisis kedatangan V90 ini dijangka akan melonjat Volvo mendahului Audi ke puncak segmen penting wagon premium yang besar tahun depan di Eropah.
Tetapi mereka juga meramalkan kemerosotan keseluruhan yang ketara bagi sektor wagon premium yang besar kerana peningkatan permintaan untuk crossover.
Volvo mengeluarkan gambar-gambar dan butiran V90 ini di Stockholm hari ini menjelang debut awam kenderaan ini di pameran kereta Geneva pada 1 Mac, di mana pembuat kereta ini akan mendedahkan harga wagon ini di Eropah.
V90 akan menggantikan V70 manakala terbitan daripada V90 akan mengganti Xc70. V70 / Xc70 milik Cina menduduki tempat kedua di Eropah tahun lalu di belakang A6 Avant tetapi mendahului BMW 5-series Touring dan Mercedes-Benz E-class wagon.
Pelancaran V90 Volvo baru pada 18 Februari adalah bab terbaru dalam sejarah yang membanggakan ini.
No Comment