Audi Malaysia Perkenal Pelan Pembiayaan Progressive Audi Dari RM999.00
Audi Malaysia bersempena dengan Audi Capital Advisory (satu bahagian Volkswagen Capital Advisory) hari ini mengumumkan pengenalan Pelan Pembiayaan Progressive Audi yang menyediakan pengguna jalan raya dengan pendekatan yang lebih murah untuk membeli kenderaan Audi impian mereka. Dijadual berlangsung dari sekarang hingga akhir April 2016, bakal pemilik boleh memilih untuk memulakan bayaran dari serendah RM 999 sebulan bagi tahun pertama.
Seperti biasa, semua kenderaan Audi rasmi datang dengan empat tahun atau 120,000 km (yang mana terdahulu) jaminan pengilang. Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Progressive Audi atau butiran mengenai model serta enam pengedar yang diperakui di mana anda boleh mengetahui lebih, layari www.audi.com.my hari ini.
No Comment