Berita Auto

Ford Focus 1.5L EcoBoost Sekarang Dengan SYNC ™ 2

Hanya sebut  seperkataan. SYNC ™ 2 akan lakukan yang selebihnya. Pasangkan peranti mudah alih anda dan menggunakan arahan suara yang mudah  untuk membuat panggilan, bermain muzik, dan juga membaca mesej teks  dengan kuat untuk anda. Dan kerana ia adalah kawalan suara, tangan anda tidak lepas memegang roda stereng dan mata anda tidak lepas memandang jalan raya. SYNC ™ 2 juga termasuk skrin sentuh 8-inci warna, port USB, dan sambungan Bluetooth®.

ford_focus_features_01

Focus baharu 1.5 liter, enjin EcoBoost empat silinder  adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya dengan 180PS dan 240 Nm tork. Membantu pemandu memanfaatkan kuasa ini adalah transmisi 6 kelajuan otomatik SelectShift baru, ringan dan cekap dan stereng yang dipasang dengan pedal shifters untuk pemanduan sporty.

ford_focus_features_03

 

Dilengkapi dengan enam beg udara, Focus baru memberikan pemandu keyakinan tambahan dengan teknologi bantuan pemandu terkini seperti Enhanced Transitional Stability yang dipertingkatkan, yang boleh meramalkan tergelincir dan bantuan awal untuk mencegah kehilangan kawalan dan Active City Stop yang dipertingkatkan. Ia juga merupakan satu-satunya kereta kecil Malaysia yang menampilkan Active Park Assist, Blind Spot Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert.

ford_focus_features_02

Harga untuk Focus baru, atas jalan raya tanpa insurans, adalah:

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888 di Semenanjung Malaysia / RM123,388 di Sabah Sarawak.
  • Focus Titanium+ (4 pintu) dan Sport+ (5 pintu): RM139,888 di Semenanjung Malaysia / 144,588 di Sabah Sarawak.

ford_focus_features_04

 

Previous post

Adakah Ini Mazda RX9 2018?

Next post

Ford Mustang Sekarang Dalam Permainan Monopoly Edisi Empire Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *