Honda Mohon Cap Dagangan untuk “UR-V” di China. Inikah Konsep D Dalam Bentuk Produksi?
Sebuah laman web di China nampaknya mendapat tahu bahawa Honda telah membuat permohonan untuk tanda dagangan nama UR-V di negara itu. Itu kemudiannya dikaitkan dengan Concept D, kenderaan yang diumumkan pada tahun lepas di Auto Shanghai sebagai kenderaan “yang dibangunkan secara eksklusif untuk pasaran domestik China sebagai model top-end SUV yang menawarkan pemanduan yang berkualiti tinggi dan kabin yang luas.”
Laporan yang sama juga menyatakan bahawa enjinnya adalah pilihan antara 2.4-liter(naturally aspirated) atau enjin turbo 2.0 liter dipadankan dengan auto enam kelajuan. Konfigurasi pacuan semua roda adalah pilihan. Harga akan bermula dari $ 38,400 (RM150,642), manakala varian lebih baik dinyatakan akan mencapai $ 65,200 (RM255,778).
No Comment