Jaguar XJ Lawan Drone Dalam Cabaran ‘Cat And Mouse’ Unik
Jaguar baru-baru ini menerbitkan sebuah video yang memaparkan model XJ mereka berlaga dengan sebuah DRONE DJI Inspire 1. Kereta itu dipandu oleh ahli stun filem dan pemandu rali Mark Higgins manakala DRONE itu dipandu oleh Jae Hong Li.
Sebenarnya, salah satu tujuan ‘cabaran’ ini adalah untuk mempamerkan bagaimana teknologi masa depan boleh mempengaruhi penggambaran kejar-mengejar kereta. Ia menonjolkan bagaimana teknologi sedang membangunkan dalam kedua-dua sektor automotif dan pesawat tanpa pemandu.
Tetapi apa yang benar-benar mengkagumi kami adalah XJ itu sendiri kerana ianya adalah sedan premium bersaiz penuh yang direka untuk membawa kaum high society. Namun, ia boleh ciluk menyiluk dengan licik sekali!
No Comment