Berita Auto

Jualan Februari Ford Dipacu oleh Ranger Baharu

Ford mengumumkan bahawa jualan runcitnya pada bulan Februari sebanyak 524 unit di Malaysia terus dipacu oleh Ranger yang mendefinikan kembali kelasnya. Ia menyumbang jualan sebanyak 432 unit.

Ranger ialah trak pikap yang paling berkuasa dan berkemampuan di Malaysia. Ia dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang tiada tandingan termasuklah sehingga enam beg udara, serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control.

Ranger juga merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang menawarkan ciri Electronic Stability Control (ESC) dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX sebagai ciri standard untuk semua variannya.

Bukan itu sahaja, Ranger baharu juga memperoleh penarafan ujian pelanggaran lima bintang daripada ASEAN NCAP, termasuklah skor paling tinggi dalam Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) berbanding mana-mana trak pikap yang lain.

“Ranger sememangnya tiada tandingan dalam segmennya. Ia menawarkan versatiliti dan kemampuan yang dapat memenuhi segala keperluan pemilik trak pada hari ini – sama ada untuk tujuan kerja, beriadah atau kedua-duanya sekali,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Photo 3

Pada bulan ini, Ford menambah rangkaian model yang dijana oleh enjin EcoBoost menerusi pelancaran MPV S-MAX serba baharu. S-MAX dilengkapi enjin 2.0L EcoBoost Ford. Manakala Focus baharu pula dijana oleh enjin 1.5L EcoBoost.

Sebagai model kompak paling berkuasa di Malaysia, Focus juga merupakan salah sebuah kereta yang paling terhubung dengan adanya teknologi pintar seperti SYNC 2, Perpendicular Park Assist, BLIS, Cross Traffic Alert dan Active City Stop yang telah dipertingkatkan.

“Dengan penambahan S-MAX dan Focus ke bilik pameran, selain SUV Everest dan model Mustang yang ikonik tidak lama lagi, kami tidak sabar untuk membina momentum positif sepanjang tahun ini,” kata Westerman.

Photo 1

 

Previous post

Honda Civic RS Turbo Model 2016 Dilancarkan Di Thailand

Next post

Subaru Impreza Semua Baharu Akan Debut Di New York Motor Show 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *