Memperkenalkan Mother Trucker Yang Lebih Menyakinkan – Nissan Titan V8 Pasaran AS
Memunculkan diri kali pertama di New York International Auto Show 2016 ialah gergasi Titan Crew Cab pikap setengah tan yang hanya akan tiba kepada peniaga Nissan di seluruh Amerika pada musim panas ini.
Seperti yang anda boleh bayangkan, ada enjin yang besar di bawah bonet itu – Enjin 5.6 liter petrol V8 baru dengan 390 kuasa kuda.
Enjin ini, yang juga di dalam Titan XD V8 petrol dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dengan kawalan Shift Adaptive dan Downshift Rev Matching.
Sebuah enjin petrol V6 juga akan disediakan pada masa akan datang.
No Comment