Berita Auto

Pasukan Malaysia Menang 4 Anugerah di Shell Eco-Marathon Asia 2016

Empat pasukan Malaysia – dua dari Universiti Teknologi MARA (“UiTM”) Shah Alam; serta satu dari Universiti Malaya (“UM”) dan satu dari Monash University Malaysia – mengharumkan nama negara denagan menyapu hadiah terbaik untuk kategori mereka baru-baru ini di Shell Eco-Marathon Asia 2016 di Manila, Filipina.

Tahun ini, pasukan UiTM Eco-Sprint dari UiTM Shah Alam Malaysia menjaringkan hat-trick – muncul sebagai juara dalam kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell  untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan satu lagi perbatuan memecah rekod 476 km / m3. Satu lagi pasukan dari universiti itu, pasukan UiTM Eco-Planet muncul sebagai juara bagi kategori UrbanConcept Hydrogen Fuel Cell sekali lagi, dengan kereta cetak 3-Dnya yang telah dipasang dengan 120 bahagian-bahagian individu yang dicetak, dengan setiap bahagian mengambil kira-kira 10 jam untuk siap.

Pasukan Eco-Voyager dari Universiti Malaya (UM) dapat tempat kedua bagi kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell, mencatatkan perbatuan 244 km / m3 dan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, pasukan Eco-Chaser dari Monash University Malaysia berkedudukan teratas dalam kategori  Prototype Compressed Natural Gas ( “CNG”) dengan perbatuan 95 km / l, bersamaan anggaran memandu dari Kuala Lumpur ke Port Dickson pada hanya satu ( 1) liter bahan api.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua acara Shell Eco-marathon di seluruh dunia, termasuk peraturan rasmi, cara pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai hadiah-hadiah, sila layari laman web Shell Eco-marathon di www.shell.com/ecomarathon.

For more information on all Shell Eco-marathon events across the globe, including official rules, instructions for registration and details on prizes, please visit the Shell Eco-marathon website at www.shell.com/ecomarathon.

Previous post

Pemilik Yang Ada Cerita Indah Tentang Proton Mereka Dicari!

Next post

Beli Nissan Dan Dapat Peluang Tonton UEFA Match Live!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *