Berita Auto

Penyerahan Trak SCANIA Petanda Keyakinan Pelanggan Semakin Kuat 

Scania Malaysia hari ini telah menghantar dua unit trak Scania P360 LA 4×2 MNA kepada Circular Agency Sdn Bhd (CA), sebuah anak syarikat milik penuh Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd, yang merupakan anggota kumpulan Batu Kawan Berhad.

Kunci trak Scania tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pra Jualan Scania Asia Tenggara, Tom Kuiphuis, kepada Pengarah Urusan Batu Kawan Berhad, Dato’ Lee Hau Hian. Turut hadir dalam majlis penyerahan, Pengurus Besar CA, Tan Boon Chye, Pengurus Khidmat Sokongan dan Penyelenggaraan, Karunakaran a/l Ganapathy serta Pengurus Audit Dalaman untuk Batu Kawan Berhad, David Ng Weng Kiang.

CSW_3560

“Circular Agency selalu mengutamakan keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam tugasan menghantar bahan kimia keluaran Kumpulan kami. Itulah sebabnya kami sentiasa memastikan trak yang digunakan dalam operasi semuanya berkualiti tinggi,” kata Dato’ Lee.

Setelah membuat pertimbangan mendalam, CA telah memilih untuk menempah trak keluaran Scania berdasarkan prestasi, ekonomi bahan api dan keselamatan. Selain dapat memuaskan standard tinggi yang diamalkan oleh CA, trak Scania juga mesra alam, dan dengan itu dapat menyumbang kepada kos operasi menyeluruh yang lebih murah, seterusnya pulangan terbaik untuk pelaburan.

Dua trak Scania tersebut dibekalkan perkhidmatan ‘Scania Maintenance’ dan ‘Scania Assistance’ percuma selama 2 tahun, termasuk pakej khidmat ‘Scania Fleet Management’ yang  juga percuma selama 10 tahun.

Scania Maintenance adalah sebahagian daripada barisan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scania Contracted Services. Penyelenggaraan trak diuruskan oleh pusat perkhidmatan Scania Malaysia di Ipoh. Scania Assistance merupakan satu system pemantauan status dan kes-kes pelanggan sebaik sahaja produk diserahkan supaya pelanggan dapat maklumat terperinci tentang penyelenggaraan yang dibuat sepanjang operasinya. Dengan data yang diperolehi, pelanggan dapat merancang dan mengatur jadual penggunaan barisan trak miliknya dengan berkesan sekiranya satu daripadanya mengalami kerosakan.

CSW_3492

Scania Fleet Management pula satu sistem komunikasi yang menghubungi trak kepada pejabat pelanggan. Pelanggan Scania akan mendapat data tentang keadaan trak, posisi trak dan prestasi pemanduan melalui system ini. Dengan itu, pelanggan dapat membuat keputusan dan tindakan terbaik untuk meningkatkan produktiviti operasi. Keadaan kenderaan dan prestasi pemandu boleh membawa penjimatan sebanyak 10% dari segi ekonomi bahan api melalui khidmat Scania Fleet Management bersama-sama khidmat Scania Driver Support, Driver Training and Coaching.

Kedua trak ini juga dilengkapi teknologi transmisi ‘Scania Opticruise’ yang memberi keselesaan pemanduan untuk memastikan keselamatan terjaga, disamping menjimatkan kos bahan api melalui pengurangan hakisan clutch dan synchromesh.

“Di Scania, kami sentiasa memberi keutamaan kepada operasi pelanggan dalam seluruh rantaian nilai yang dibekalkan. Pelbagai kualiti produk dan perkhidmatan Scania kami sentiasa dipertingkatkan ke tahap optima untuk menyokong keperluan setiap pelanggan,” tambah Tom. “Pakej tambahan Scania Maintenance, Scania Assistance dan Scania Fleet Management yang percuma memantapkan lagi solusi menyeluruh yang diberikan untk menjamin pulangan tertinggi bagi para pelanggan Scania.”

CSW_3403

Previous post

Restoran Chardin Seaview @ Port Dickson #JejakMakanRoss 020

Next post

Episod 1 Dokumentari Ford GT Sudah Keluar!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *