Berita Auto

Pemilik Yang Ada Cerita Indah Tentang Proton Mereka Dicari!

Kebanyakan orang mempunyai ikatan dengan kereta mereka. Ada yang menamakan kereta mereka, ada yang bercakap dengan kereta mereka, dan ada juga yang taksub dengan kereta mereka. Tetapi dengan setiap kereta ada memori indah atau cerita yang menyentuh perasaan.

Kerana inilah PROTON telah mengumumkan ‘The PROTON Search’ – satu pertandingan 13 minggu untuk mencari pemilik  kereta Proton yang paling setia di Malaysia.

proton wira1

8 MAC hingga 8 Jun 2016, “The PROTON Search” mencari pelanggan kereta Proton yang milikinya paling lama dan masih berfungsi di Malaysia untuk berkongsi cerita cinta mereka dengan kereta mereka. Kriteria pemenang adalah sebuah kereta Proton yang berada dalam keadaan terbaik dengan mileage tertinggi.

PROTON-SAGA

Untuk mengambil bahagian, peserta dikehendaki menghantar borang penyertaan, cerita pendek yang ditulis mengenai kereta tersebut termasuk gambar kenangan kereta atau penyerahan video 60 saat kreatif. Borang boleh diperolehi dari kedai-kedai PROTON terpilih atau dimuat turun dari laman web di www.proton.com. Salinan borang juga diterima.

Print

 

Previous post

Honda Malaysia Umum Recall Melibatkan 93,929 Kenderaan

Next post

Pasukan Malaysia Menang 4 Anugerah di Shell Eco-Marathon Asia 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *