Renault Memanggil Balik 10,649 Kereta Elektrik Zoe
Renault memanggil balik 10,649 kereta elektrik Zoenya untuk menghapuskan potensi risiko pemecahan kepada hos cecair breknya. Kenderaan ini dibina antara pelancaran kereta itu pada tahun 2012 dan 6 Oktober 2014 di kilang Flinsnya, berhampiran Paris. Sebanyak 42,300 kereta Zoe telah dibina dan sebahagian daripada mereka sedang digunakan di Malaysia melalui program car sharing.
Jurucakap Renault berkata pembuat kereta itu melakukan pemeriksaan pencegahan kedudukan hos brek tertentu dan menggantikannya jika perlu, sambil menambah bahawa mereka TIDAK diberitahu mengenai apa-apa kemalangan yang berkaitan telah berlaku.
No Comment