Ford Mustang Paling Laris Dalam Segmennya Dipelbagai Pasaran Dunia
Pada tahun pertama sedia adanya di pesada dunia, Ford Mustang adalah sports coupe yang paling laris di dunia. Permintaan untuk kereta kuda yang ikonik ini kekal dan tidak pernah menurun.
Menurut analisis syarikat data pendaftaran terkini dari IHS Automotive, Ford menjual sekitar 110,000 Mustang Coupe di peringkat global pada tahun 2015 – mendahului semua pesaing sports coupe yang lain. Menurut syarikat, hanya Mustang sports coupe mempunyai lebih daripada 100,000 unit yang terdaftar diseluruh sedunia tahun lepas.
Di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion akan membawa masuk Mustang dengan pelancarannya dijangka tahun ini. Mereka masih merahsiakan harganya tetapi mengharapkan varian EcoBoost menjadi penjual utamanya. Walaupun kami memang mengharap agar V8 dijual pada harga yang ‘berpatutan’ … itupun kalau ada sebab ia belum tentu akan dibawa masuk atau tidak.
No Comment