Keuntungan Suku Tahun Ford Mengagumkan
Ford Motor Company baru-baru ini mengumumkan lapuran kewangan 2016 suku pertamanya yang mana ia mencatatkan keuntungan sebelum cukai suku tahunan tertinggi dalam sejarah 113 tahun operasinya di Eropah dalam tempoh tiga bulan pertama berbanding semua di 2015 dan ianya juga dilaporkan terbaik sekali di Amerika Utara. Sebelum cukai, keuntungan Ford bagi suku tahunan adalah USD3.8 bilion, meningkat daripada USD1.7 bilion pada tahun sebelumnya. Jumlah pendapatan syarikat meningkat 11 peratus kepada USD37.7 bilion. pendapatan bersih suku pertama Ford lebih sekali ganda kepada USD2.5 bilion.
No Comment