Gaya Hidup / Lifestyle

Art of Speed 2016 Terima 30,000 Pengunjung

Acara Art of Speed (AOS) yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang hujung minggu lalu mendapat sambutan hangat dengan kira-kira 30,000 pengunjung termasuk pelawat antarabangsa yang hadir dari USA, Jepun, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.

AOS16PR (30)

Acara yang terkenal dengan pertunjukan gaya hidup automotif, pameran kereta dan motosikal, galeri seni, aktiviti interaktif dan juga aksi lagak ngeri itu menampilkan beberapa nama besar dalam dunia modifikasi dari Amerika Syarikat dan Jepun. Skater terkenal Steve Caballero turut hadir buat pertama kali di Malaysia.

AOS16PR (65)

Jumlah kereta dan motosikal yang dipamerkan sepanjang hujung minggu itu melebihi 200 buah yang ditempatkan di dalam dua dewan berasingan. Ia merangkumi kenderaan klasik dan juga generasi baru bernilai jutaan ringgit termasuk dua buah Harley-Davidson ubahsuai dan sebuah kereta “Hopping Lowrider” model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

AOS16PR (42)

Demo sukan lasak turut diadakan untuk menarik minat pengunjung. Mereka yang hadir disajikan aksi stunt motosikal berkuasa tinggi oleh Aaron Twite dan beberapa pengunjung bertuah juga dapat merasai pengalaman menaiki kereta drift bersama lagenda drift negara, Tengku Djan Ley.

AOS16PR (79)

Peminat-peminat seni juga dapat menghayati hasil kerja artis-artis dari dalam dan luar negara. Ini termasuklah galeri seni MotoCircus yang menawarkan khidmat “pinstriping” dan “lettering” kepada pengunjung dan pameran Painthead Asia yang menggunakan medium topi keledar tajaan Beetle Helmet dari Jepun. Setiap topi keledar yang direka dijual melalui “Silent Auction” dengan 100% daripada hasil jualan disalurkan kepada artis-artis yang terlibat.

AOS16PR (104)

Selain dari jenama kasut Vans dan kereta mainan Hot Wheels, keluarga-keluarga yang berkunjung juga berpeluang membeli-belah dari 300 jenama tempatan dan antarabangsa yang turut serta. Seorang pengunjung berjaya membawa balik sebuah Triumph Bonneville Street Twin 2016 hasil dari cabutan bertuah.

 

Previous post

BMW Rai Ulangtahun Ke-30 M3 Dengan Model Edisi Terhad

Next post

Citroen Perkenal Applikasi Talipon: My Citroen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *