Insuran / Waranti / Jaminan

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Perlindungan Insurans Terbaik

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan Program Perlindungan Insurans Terbaik (Ultimate Protection Insurance Program). Ia merupakan tawaran insurans bersifat menyeluruh daripada BMW Credit Malaysia yang menawarkan perlindungan tambahan bukan sahaja ke atas kenderaan BMW terpilih, malah kepada pemilik dan pemandunya.

Sewaktu memperkenalkan program insurans baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun berkata, “Ini merupakan satu lagi tawaran yang pertama seumpamanya dalam industri automotif di sini. Program Perlindungan Insurans Terbaik (Ultimate Protection Insurance Program) membolehkan kami menawarkan ketenangan minda sepenuhnya kepada pelanggan dan mereka yang tersayang. Di samping meningkatkan keyakinan mengenai pengalaman pemilikan premium kenderaan BMW mereka.”

Menurut Han lagi, insurans baharu itu bukan sahaja melindungi kenderaan, malah pemilik dan pemandunya. Sekali gus menjadikan program ini cukup unik dan berbeza dalam industri.

“Kami di BMW Group Malaysia komited untuk memberikan pelanggan pengalaman pemilikan kenderaan BMW yang terbaik dalam kelasnya. Kami membuktikannya apabila memperkenalkan Program Jaminan dan Servis Percuma Selama 5 Tahun dan Program Jaminan Tayar yang mendahului industri. Program insurans yang luar biasa ini jelas menunjukkan komitmen kami dalam mengutamakan keselamatan para pemandu dan penumpang kenderaan BMW ketika mereka menikmati pemanduannya,” kata Han.

Ditawarkan ke atas kenderaan yang dibiayai oleh BMW Credit Malaysia, Program Perlindungan Insurans Terbaik ini merangkumi perlindungan Penjagaan Utama sehingga RM1,000, Perlindungan Banjir sehingga RM30,000, Perlindungan Rim sehingga RM1,000 dan perlindungan Jurang sehingga RM10,000. Selain itu, bagi pemilik kenderaan, program insurans ini menawarkan perlindungan dalam Kes Kemalangan Maut sehingga RM100,000, Kes Hilang Upaya Kekal sehingga RM100,000, Perlindungan Barangan Peribadi disebabkan oleh Insiden Pecah Kereta sehingga RM3,000, Bantuan Khas sehingga RM10,000 dan untuk maksimum selama enam bulan, bayaran bulanan sehingga RM2,500 sebulan, untuk pinjaman sewa beli mereka.

Program Perlindungan Insurans Terbaik (Ultimate Protection Insurance Program) ditawarkan kepada semua kenderaan BMW yang menerima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) baru-baru ini – BMW 118i Sport, BMW 120i M Sport, BMW 318i Luxury, BMW 320i Sport, BMW 330i M Sport, BMW 320d Gran Turismo, BMW 328i Gran Turismo, BMW 520d M Sport, BMW 520i M Sport, BMW 528i M Sport, BMW X3 xDrive20i dan BMW X3 xDrive20d.

Sebagai tambahan, kenderaan BMW yang turut dilindungi oleh Program Perlindungan Insurans Terbaik (Ultimate Protection Insurance Program) ini termasuklah BMW 218i Active Tourer, BMW 320i M Sport, BMW 320d M Sport, BMW 730Li, the BMW 740Li, BMW X1 xDrive20i dan BMW X5 xDrive35i.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.bmw.com.my/fs.

Previous post

Honda HR-V Kini Dengan Pilihan Warna Dark Ruby Red Pearl

Next post

Program Bantuan Banjir dari Nissan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *