Berita Auto

BMW X1 dan BMW X4 Baharu Pemasangan Tempatan Terima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas dan BMW xDrive Xperience 2016 Dilancarkan Secara Rasmi

BMW Group Malaysia akan memperkenalkan BMW X1 dan BMW X4 yang baru sahaja dipasang tempatan serta menerima Insentif Status Kenderaan Cekap tenaga (EEV) Khas pada acara BMW xDrive Xperience 2016.

Acara itu bakal berlangsung pada hujung minggu 21 hingga 22 Mei 2016 serta minggu berikutnya, 28 hingga 29 Mei 2016 di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami gembira kerana menerima Insentif Status EEV khas untuk model BMW X1 dan BMW X4 pemasangan tempatan, sama seperti model BMW 1 Series, BMW 3 Series, BMW 3 Series Gran Turismo, BMW X3 dan BMW 5 Series sebagaimana yang telah kami umumkan pada hujung bulan lalu.”

Menurut Han lagi,  insentif status khas itu diterima tepat pada masanya ketika acara BMW xDrive Xperience bakal berlangsung. Ini kerana BMW mahu terus berkongsi manfaat tersebut kepada para pelanggannya.

“Acara BMW xDrive Xperience sememangnya satu platform terbaik untuk menunjukkan keupayaan sebenar model-model BMW X kami. Dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda paling maju dan progresif yang ada pada hari ini, sistem BMW xDrive memberikan rangkaian model BMW X kami keseimbangan agihan kuasa yang luar biasa kepada keempat-empat buah tayar. Sekali gus dapat mencapai prestasi pemanduan, keselesaan dan keselamatan yang optimum di laluan biasa serta off-road,” kata Han.

Keupayaan pemanduan BMW X1 dan BMW X4 yang baru dipasang tempatan akan diserlahkan pada acara BMW xDrive Xperience 2016 bersama model-model BMW X yang lain. Pada masa itu, rangkaian penuh BMW X1, BMW X3, BMW X4, BMW X5 dan BMW X6 akan dicabar melalui pelbagai kondisi pemanduan serta permukaan jalan demi membuktikan prestasi BMW X yang tiada tandingan serta dinamik pemanduan yang terbaik dalam kelasnya.

Sebagai tambahan, semua pelanggan yang mengambil bahagian dan membawa tiga orang rakan ke acara BMW xDrive Xperience 2016 berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Sempena BMW xDrive Xperience 2016, bilik pameran BMW Premium Selection yang terpilih juga akan menawarkan program jual beli istimewa untuk model-model BMW X terpakai.

BMW 01 (1)

BMW X1 yang baru dipasang tempatan.

BMW X1 yang baru dipasang tempatankini ditawarkan dalam varian BMW X1 sDrive20i (Sport Line) dan BMW X1 xDrive20d (X Line). Buat pertama kalinya, BMW X1 sDrive20i dibina berasaskan kepada platform pacuan roda hadapan yang menawarkan ruang mengagumkan. Malah, BMW X1 varian diesel serba baharu juga telah diperkenalkan buat pertama kalinya.

Selain ruang dalaman yang luas dan sangat versatil, generasi kedua BMW X1 memberikan penampilan visual yang mantap. Rekaan modennya menyerlahkan perkadaran baru bersama visual yang sporty dan cukup sinonim dengan BMW X.

BMW X1 yang baru dipasang tempatan dilengkapi enjin empat silinder terkini daripada keluarga enjin BMW EfficientDynamics bersama pacuan roda hadapan (sDrive) pada model BMW X1 sDrive20i (Sport Line) baharu. Manakala BMW X1 xDrive20d (X Line) pula menampilkan sistem pacuan semua roda pintar BMW xDrive yang berupaya memberi maklum balas pantas dan menjadi sistem pacuan semua roda paling fleksibel dalam kelasnya.

xDrive beroperasi secara proaktif serta membolehkan agihan kuasa pacuan dilakukan sepenuhnya di antara gandar hadapan dan belakang sehingga hampir 100 peratus. Ia mampu menawarkan cengkaman maksimum dan dorongan optimum di atas permukaan jalan yang licin. Masalah oversteer dan understeer juga dapat dielakkan lebih awal untuk memberikan tahap kestabilan terbaik di atas jalan yang licin serta tidak rata.

SAV kompak premium baharu  dari BMW itu juga menyediakan rangkaian sistem bantuan pemandu yang mengagumkan. Di samping pilihan komprehensif infotaimen daripada rangkaian teknologi BMW ConnectedDrive yang mendahului segmennya.

Ini termasuklah BMW Navigation dengan Paparan Kawalan bersaiz 6.5 inci dan iDrive Touch Controller pada BMW X1 sDrive20i. Sementara BMW X1 XDrive20d pula dilengkapi Paparan Kawalan bersaiz 8.8 inci dengan fungsi skrin terpisah dan penerapan optimum. Di samping Navigation Plus yang terdiri daripada Head-Up Display dan iDrive Touch Controller.

Kedua-dua varian ini juga didatangkan dengan ciri bantuan parkir, Parking Assistant. Selain BMW ConnectedDrive Services & Apps seperti Remote Service, Concierge Services dan Intelligent Emergency Call.

BMW X4 yang baru dipasang tempatan.

BMW X4 yang baru dipasang tempatan menyerlahkan penampilan bergaya dan menarik di atas jalan raya. Reka bentuk hadapan yang maskular dan lincah, garis bumbung rendah gaya coupé dan garis swage yang sudah menjadi signaturnya. Jentera ini dilengkapi enjin petrol empat silinder termaju dan teknologi BMW TwinPower Turbo yang memenangi anugerah. Ia menawarkan karekter enjin dengan rev tinggi yang cukup sebati dengan BMW. Di samping penghantaran kuasa yang cemerlang, lancar dan penjimatan mengagumkan.

BMW X4 yang baru dipasang tempatan juga menjadi peneraju dari segi ketersambungan di dalam kereta menerusi ciri BMW ConnectedDrive yang komprehensif. Ia terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemandu, perkhidmatan dan aplikasi (Services & Apps). Ini termasuklah sistem bantuan pemandu baharu seperti Lane Departure Warning, Person Warning dan Approach Control Warning – semua ciri ini boleh diakses dan diaktifkan dengan hanya menekan satu butang. Tawaran tambahan BMW ConnectedDrive Services & Apps pada BMW X4 yang baru dipasang tempatan ialah BMW Teleservices, Intelligent Emergency Call, Concierge Services dan Remote Service.

 BMW 02 (1)

Harga runcit BMW X1 dan BMW X4yang baru dipasang tempatan dengan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) (di atas jalan tidak termasuk insurans, bersama Jaminan Perbatuan Lima Tahun Tanpa Had, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar terbaru daripada BMW Malaysia) untuk varian-varian BMW 1 Series dan BMW 3 Series adalah seperti berikut:

Model Semenanjung Malaysia Malaysia Timur
Harga Runcit Sedia ada  

Harga Runcit Insentif EEV

 

Harga Runcit Sedia ada  

Harga Runcit Insentif EEV

 

BMW X1 sDrive20i

(Sport Line)

RM 279,800.00 RM 228,800.00 RM 282,914.40  

RM 231,914.40

 

BMW X1

xDrive20d

(X Line)

  RM 255,800.00   RM 258,914.90

Sarawak

 

RM 261,998.20

Sabah

BMW X4 xDrive28i RM 465,800.00 RM 396,800.00 RM 468,914.40 RM 399,914.60

Tarikh dan lokasi acara BMW xDrive Xperience 2016 adalah seperti berikut:

21 – 22 Mei 2016
Wilayah Tengah Timur
Auto Bavaria, Glenmarie Millennium Welt, Kuantan
Ingress Auto, Damansara  
Quill Automobiles, Petaling Jaya
Wearnes Autohaus, Segambut
Wheelcorp Premium, Setia Alam
Tian Siang Premium Auto, Ipoh

 

28 – 29 Mei 2016
Wilayah Utara Wilayah Selatan
Auto Bavaria, Pulau Pinang Auto Bavaria, Johor Bharu
Lee Motors Auto Care, Alor Setar Millennium Welt, Seremban
Tian Siang Premium Auto, Butterworth Millennium Welt, Batu Pahat
Raza Premium Auto, Kota Bharu Seong Hoe Premium Motors, Melaka
  Wearnes Autohaus, Tebrau
Regas Premium Auto, Kuching
FM Autohaus, Kota Kinabalu

Tarikh dan lokasi tawaran BMW Premium Selection sepanjang acara BMW xDrive Xperience 2016 adalah seperti berikut:

Lokasi Tarikh
Auto Bavaria, Glenmarie 21 – 22 Mei 2016
Auto Selection, Kuala Lumpur
Quill Automobiles, Petaling Jaya
Ingress Auto, Damansara
Wheelcorp Premium, Setia Alam
Tian Siang Premium Auto, Ipoh 28 – 29 Mei 2016

Maklumat lanjut mengenai BMW xDrive Xperience 2016, sila layari laman web:  http://www.bmw.com.my/xDriveXperience. 

Previous post

Alami Kuasa Yang Anda Selalu Kehendaki di Roadshow Pantai Timur Dengan Caltex Lubricants

Next post

UD Trucks Lancar Trak Quester 8L

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *