Program Bantuan Banjir dari Nissan
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd ( ETCM) bersama-sama dengan Tan Chong Express Auto Service Centre ( TCEAS ) mengumumkan permulaan serta-merta Program Bantuan Banjir Nissan yang bertujuan untuk membantu pelanggan yang keretanya terjejas akibat banjir kilat di Lembah Klang Khamis lepas.
Program itu akan berjalan dengan segera sehingga 30 Jun 2016. Ia menawarkan:
- Diskaun 25% ke atas alat ganti tulen Nissan
- Diskaun 25% ke atas caj buruh (labour charge)
- Penundaan percuma ke atas kenderaan yang terjejas sehingga RM150
- Pemulihan upholstery dengan kadar khas iaitu RM1,590 (termasuk GST)
“Beribu-ribu penduduk Lembah Klang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku Khamis lepas. Kami di ETCM berjanji untuk melakukan apa yang boleh untuk membantu meringankan kesusahan mangsa. Kami berharap sumbangan kami akan memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban mereka. Akhir sekali, kami menggesa pelanggan kami untuk menghantar kenderaan mereka yang terjejas ke pusat servis terdekat secepat mungkin,” kata Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, pelanggan boleh menghubungi pusat layanan pelanggan Nissan di 1800-88-3838.
No Comment