Ford dan SDAC Tawar Promosi dan Ganjaran Istimewa Sempena Hari Raya
Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan beberapa promosi istimewa buat para pemilik kenderaan Ford untuk membolehkan mereka meraikan Hari Raya, selain menempuh perjalanan balik kampung yang lebih selamat dan mudah.
Pelanggan boleh menikmati rebat tunai dan bayaran bulanan yang menarik untuk model-model terpilih di seluruh negara serendah RM588 bagi Fiesta, RM908 untuk EcoSport dan RM1,258 (Kuga) mulai sekarang hingga 15 Julai depan.
Sebagai tambahan, pelanggan yang menempah mana-mana model Ford mulai hari ini hingga 30 Jun layak mengambil bahagian dalam peraduan Cabutan Bertuah Ramadhan Raya. Lima orang pemenang bertuah bakal membawa pulang 10g emas. Manakala 50 orang pemenang pula akan dihadiahkan dengan unit navigasi Garmin GPS. Untuk menyertainya, mereka hanya perlu melengkapkan borang peraduan dan hantarkan ke mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara.
Bagi semua pemilik kenderaan Ford pula, mereka boleh mengambil kesempatan atas promosi selepas jualan ‘Ford Riang Ria’ dari sekarang hingga 9 Julai 2016. Di bawah promosi ini, pelanggan yang berbelanja RM350 atau lebih untuk penyelenggaraan dan/atau menukar alat ganti di pusat servis sah Ford akan menerima barangan Ford secara percuma.
Mereka juga layak menyertai satu cabutan bertuah serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti sebuah Apple iPhone 6, iPad Mini 2 dan iPod Shuffle. Pelanggan hanya perlu melengkapkan borang peraduan dan menghantarnya bersama invois asal atau salinan yang telah disahkan.
Ford turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus ke atas alat-alat ganti terpilih seperti pakej brek dan tali sawat pemasaan. Diskaun 10 peratus diberikan ke atas minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan. Sementara mereka yang memilih “Pakej Penjimatan Bahan Api” pula akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas penapis minyak.
Bagi menambah ketenangan minda sepanjang musim perayaan ini, pelanggan boleh memanfaatkan pemeriksaan kesihatan 27 poin pada kenderaan yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah Ford.
Pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah Ranger 2.2L XLT atau 3.2L XLT sehingga 30 Jun akan menikmati jaminan lanjutan selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 100,000km di bawah Program Jaminan Lanjutan SDAC. Ini adalah tambahan kepada jaminan pengeluar standard iaitu selama tiga tahun yang kini dinikmati oleh semua pelanggan Ford.
No Comment